Wednesday, 7 August 2024

BUKTI KASIH SAYANG SAHAM AKHIRAT

Credit To Penulisan Awal

Balik kampung.. pertama kali melihat masjid ini, hati aku sangat tertarik dengan kecantikan tona warnanya.

Jaraknya rumah aku hanyalah 5 km dari masjid ini.

Aku tertanya-tanya, siapakah yang membina masjid secantik ini.

Adakah ia dari sumbangan orang ramai?

Akhirnya...ada kawan yang menceritakan bahawa masjid ini telah dibina oleh seorang ayah sebagai tanda kasih sayang untuk arwah anak gadisnya yang telah meninggalkan dunia pada usia belasan tahun.

Antara perkara yang menyentuh perasaan aku ialah, masjid ini telah dibina hasil daripada wang pampasan hibah takaful yang diterima oleh ayah arwah.

Inilah bukti, kasih dan sayang berterusan seorang ayah terhadap anaknya.

Semasa hidup, dilindungi anaknya dengan takaful.

Setelah meninggal, diwakafkan pula sebuah masjid untuk arwah.

Dengan terbinanya masjid ini, sudah pasti jaminan pahala berterusan mengalir kepada arwah.

Masjid ini telah diberi nama sempena nama arwah iaitu
MASJID IKTIKAF "AS-SOFEA".

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Lokasi: Kampung Geting Tumpat, Kelantan



No comments:

Post a Comment