Tuesday, 21 November 2023

SERANGAN JANTUNG

Tepat sekali angka umur patient ni dengan umur saya 44 tahun

Allahuakhbar... Serius siapa tak risau jika diuji dengan ujian kesihatan seperti ini.
Ya benar. Walaupun saya dah ada medical card unlimited, hibah sebagai persediaan, jika Allah kata kun fayakun maka jadilah.
Cuma persediaan yang saya buat tu adalah ikhtiar saya dari segi financial untuk memudahkan insan-insan tersayang saya menguruskan saya.
Jika dimasukkan ke hospital pakar untuk rawatan segera, semua tahu kosnya bukan sedikit. Maka duit deposit dah ada, duit kos rawatan pakar sudah ada.
Jika ditakdirkan saya pergi dulu sekalipun, saya ada banyak hutang, banyak komitmen sedang berjalan. Maka duit hibah atas nama isteri saya akan digunakan untuk langsaikan segala hutang saya sesama manusia, mudahkan urusan harta pusaka saya, segala loan dan expenses yang sedang berjalan.
Saya cuma ikhtiar yang terbaik buat family saya. In shaa Allah...
Semoga Allah lindungi saya, semua sahabat dan kenalan sekeliling saya. Agar dikurniakan kesihatan yang baik dan diluaskan pintu rezeki untuk semua. Aamiin...

#################################################

Sumber : FB Yazid Hair Johari

Mintak Nyawa !!!
Beberapa hari lepas , Dekat emergency , Ambulance sampai depan pintu masuk .
Terus bergegas pegawai ambulan menolak masuk seoranv pesakit yang sedang menjerit ..
Mintak nyawaa!!! Mintak nyawaa…!!
masa tu aku tengah tengok patient bed lain .. Aku terus keluar, Attend patient ni
Lelaki baru berumur 44 Tahun sedang berpeluh menekan dada belah kiri .. Sambil tercungap2 dengan muka kebiru biruan ..
Lelaki tadi terus aku pindah kan ke zon merah .
Semu staff berlari , Terus pasang iv line , Pasang oxygen , nurse lain sedang buat ecg .
keluar je result ECG ,
Nah !! Serangan Jantung . Salur darah jantung block
Aku terus call pakar jantung .
Dalam masa yang sama ubat ubatan wajib untuk serangan jantung dah beri .
Pakar jantung tiba sepantas kilat ..
Alhamdulillah , Culprit yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat dapat dikeluarkan selepas prosedur Emergency Coronary angiography and PCI
Bayangkan umur baru 44 tahun , Muda lagi tuan2 ..
Ayah ada sejarah heart attack , Pesakit pula heavy smoker .
Nasib baik awal
Kalau lambat sikit tu…Hmmmm …
Serangan jantung ni bahaya , Kalau dia mai .. Mengejut . Tengah drive ke , tengah masak ke , hatta tengah tido skali pun .. Ikut dan dia jee
Masa tu duit banyak berkepuk pun tak function dah bila nyawa dihujung tanduk …
Zaman sekarang ni , Memang stress .. Ramai yang kena stroke , Heart attack , kidney failure umur muda .
Buang lah stress mana yang patut , Gantikan dengan happiness.. Insyallah ..


No comments:

Post a Comment