Saturday 25 November 2023

SAYANGI SIJIL TAKAFUL ANDA

Please consult existing agent anda jika ada sebarang masalah.

Jangan cepat-cepat ada rasa nak terminate bila timbul sesuatu issue.
Hanya agent lama sahaja yang tahu existing illness yang anda dah ada. Since the 1st day anda sign up.
Jaga payment, jaga sijl takaful medical anda baik-baik.

#############################################

Sumber : FB Zafri Helmi
1hb December 2021

Perkongsian kes
××××××××××××××××
Umur : 30an
Pekerjaan : Jurutera Sektor Pembinaan
Gejala: Sakit pinggang merebak ke kaki kanan
MRI : Slip disc L4L5 dan L5S1 peringkat pertengahan
Rawatan awal : Ubat tahan tahan sakit, fisioterapi
Selepas sebulan , gejala semakin teruk. Rancangan untuk rawatan laser atau RF lumbar. Permohonan kepada pihak syarikat takaful dibuat.
Status permohonan : Decline (Gagal)
Menurut pesakit " Sy bayar untuk kad perubatan syarikat xxx dah 4 tahun. Tak pernah masuk hospital. Tahun kelima ejen syarikat yyy cadangkan agar ambil kad perubatan baru yg lebih besar coverage. Kad perubatan lama dihentikan (terminate) . Selepas 5 bulan, sy sakit pinggang. Doktor cadangkan sy membuat laser lumbar. Status permohonan gagal kerana kad perubatan masih baru dan sakit pinggang dianggap preexisting illness. Sedangkan sy dah lama bayar kad perubatan syarikat xxx"

Rawatan laser lumbar diteruskan dengan status bayar dan tuntut (pay & claim)
Nasihat dan cadangan dari sy sbg doktor pakar dan ex-takaful agent :
*Ambil kad perubatan seawal usia yg muda kerana hrga masih murah. Semakin tinggi usia, semakin mahal premium bulanan
* Kalau ada bajet lebih ambil kad perubatan dgn coverage yg tinggi. Kalau boleh unlimited kerana kos perubatan semakin tahun semakin tinggi
* Jangan culas bayar premium bulanan kerana sakit datang tanpa diundang. Kalau boleh autodebit dari kad kredit atau akaun bank
* Ambil kad perubatan investment link supaya jika kita tak dapat bayar pada masa tertentu, premium boleh tolak drpd investment portion
*Semua manfaat kad perubatan adalah sama kerana dikawalselia oleh bank negara. Tkde kad perubatan yg harga murah dengan coverage yg tinggi. TAK ADA. Yg beza adalah syarikat takaful dan ejen yg berkhidmat (service agent). Pilihlah ejen yg ikhlas dan bertanggungjawab. Bukan nak close case semata.
* Kad perubatan yg terbaik adalah kad perubatan yg paling lama. GL lebih mudah lulus dan tidak bnyak deferment dr syarikat takaful. Sekiranya kad lama ini ditamatkan dan ambil kad baru (seperti kes di atas), tempoh menunggu (waiting period) kembali seperti baru.
Mohon pandangan kawan2 ejen takaful perbetul sekiranya kenyataan sy silap.
***Pesakit memberi kebenaran untuk gambar dan cerita dipaparkan di media sosial untuk tujuan pendidikan pada masyarakat

No comments:

Post a Comment