Monday 6 November 2023

PRUBSN DIIKTIRAF DI MARKETING EXCELLENCE AWARDS 2023

Alhamdulliah PruBSN diiktiraf lagi...
Tahniah PruBSN

############################################

Sumber : FB PruBSN Official
6hb November 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa PruBSN telah berjaya merangkul emas bagi kategori Excellence in Public Sector/ Non-Profit Marketing di anugerah berprestij Marketing Excellence Awards 2023 yang baru sahaja berlangsung pada 3 November 2023 yang lalu.

Kemenangan ini diperolehi menerusi program amal kami, PruBSN Microtakaful Jariyah (MTJ), yang merupakan program amal terbesar kami dalam memastikan akses kepada perlindungan takaful asas bagi golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia. Program MTJ ini merupakan kerjasama strategik di antara PruBSN dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Program ini telah memanfaatkan 143,527 penerima di seluruh Malaysia dan RM3.55 juta tuntutan telah dibayar kepada waris-waris penerima pelan MTJ. Diharapkan agar kemenangan yang bermakna ini menjadi pemangkin kepada kami untuk memastikan MTJ terus berkembang menjangkau semangat takaful dan seterusnya menanam nilai-nilai mulia ini dalam budaya kerja warga kerja, para ejen dan pelanggan PruBSN pada setiap masa.


No comments:

Post a Comment