Di sebelah kiri saya adalah sahabat baik @ classmate di Sekolah Menengah Teknik 1 Kuantan lagi. Kini key person a.k.a orang kuat Quantity Surveyor untuk sebuah firm QS yang terbaik di KL/Selangor ni.
Sorang lagi adalah adiknya seorang engineer dalam engineering firm. Bulan Jun yang lepas adik beliau ni sign up medical card dengan saya. So baru-baru ni jumpa untuk deliver medical card dan explain semula apa benefit yang ada dalam plan.
Kami berjumpa di Bruh & Co Kajang. Alhamdulillah syukur atas rezeki.
Apa yang menariknya, sahabat saya ni seorang yang sangat pemurah. Alhamdulillah dikelilingi sahabat2 yang baik hati dan sangat supportive. Beliau dah introduce begitu ramai sahabat-sahabat malahan majoriti ahli keluarga beliau juga semuanya positif terus sign up.
Dan tidak terhenti di situ. Syndrom 'copy and recreate' cabang-cabang client baru hasil rekemen daripada mereka semua turut menjadi.
Bermula dari seorang, kini semakin bertambah.
Saya percaya, bahawa bidang takaful ni bukan semata-mata atas penilaian produk 100%. Trust dan support system daripada client kepada ejen juga sangat membantu. Business ada turun dan naik, tapi kejayaan business itu adalah atas asbab servicing yang berkekalan selalu.
Terima kasih semua client yang senantiasa support saya dalam industri. Semoga Allah jua yang membalas jasa baik kalian semua.
In shaa Allah, harapan saya agar Allah beri saya kesihatan dan kekuatan menjaga amanah-amanah client saya ini.
No comments:
Post a Comment