Lepas jumpa client tadi, abglong lapaq nasik! Teringat ada satu mamak nasi kandar baru buka kat Mydin Mall Seremban 2 maka teruslah ke situ.
Nasi Kandar Line Q. Tak sia-sia. Jackpot!
Nasi, ayam goreng, cili hijau sebatang dan telur rebus sebijik. Wallahhhh! Kena betui dengan selera tekak abglong.
Almaklumlah dulu memang dulu kaki nasi kandar butterworth dan seberang jaya.
Sorry la ye. Punya selera la tengok kuah banjir tadi sampai lupa nak ambik bukti sebelum kejadian.
Yang tinggal cuma sisa jari jaaa.. Dia punya tarikkkk tu...surrrrrr...Asyukkkk.... Alhamdulillah.
Ok back to work. Nak share sikit pasal client abglong ni. Ini client ke-5 dari Seremban. So rasanya semakin bertambah dan makin lama rasa macam dekat je Seremban ni. Hahaha...
Beliau ambik hibah takaful yang dijadikan MLTT bagi menggantikan MRTA/MRTT.
Kelebihannya adalah kalau ditakdirkan takde suatu hari nanti, hibah takaful ni akan bayar berapa baki hutang loan di bank. Selebihnya akan diserahkan kepada waris sebagai dana kewangan kelangsungan hidup. Bermakna waris dapat rumah, hutang langsai dan ada cash.
Berbeza kalau MRTA/MRTT, waris cuma dapat rumah dan hutang langsai sahaja. Itupun kalau betul tempoh coverage MRTA/MRTT tu sama panjang dengan tempoh loan.
Korang pasti tempohnya coverage sama? Cuba check semula. Takut nanti coverage pendek tapi loan panjang lagi.
Kalau tak sama tempohnya, jom kita jumpa dan buat satu backup plan MLTT. In shaa Allah... Tak rugi...
Abglong cuma sampaikan aje. Supaya kita semua merancang dengan baik backup kewangan yang kita ada.
Apa2 pun jom roger2 kita jumpa kat nasi kandar berdekatan!
No comments:
Post a Comment