Friday 9 June 2023

MALAYSIA BEST EMPLOYER BRAND AWARDS 2023

 Alhamdulillah



Tahniah PruBSN dan terima kasih semua client yang bersama dengan kami sejak mula lagi.
Kejayaan milik semua.

Original post : PruBSN Takaful FB Official

Sukacita dimaklumkan bahawa PruBSN telah diiktiraf sebagai salah satu penerima anugerah ‘Malaysia Best Employer Brands 2023’ bagi kategori sektor perkhidmatan kewangan di 18th Employer Branding Awards 2023.

Kejayaan ini telah didukung oleh amalan modal insan yang cekap, efisien dan berkualiti khusus bagi menyokong perkembangan kerjaya kakitangan. Pengiktirafan ini turut diberikan di atas kejayaan program keseimbangan pekerjaan dan kehidupan (work-life balance) yang turut menjadi teras modal insan di PruBSN bagi memastikan kakitangan dapat melaksanakan tugasan dengan optimum tanpa mengabaikan kesejahteraan kehidupan dan keluarga.

Tahniah diucapkan buat semua warga kerja PruBSN. Anugerah ini tidak akan tercapai tanpa sokongan, komitmen dan usaha berpasukan #PruBSNers. Terima kasih.

#MalaysiaBestEmployerBrandAwards2023
#GrowConnectSucceed

No comments:

Post a Comment