Monday 2 January 2023

100 MILLIONS

Alhamdulillah satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kami perunding takaful yang bernaung di bawah Muqmeen Group (MG).

Sekali lagi MG melakar sejarah pada tahun 2022 meraih 100 juta production buat kali ketiga berturut-turut sejak 2020!

Ya, benar. Sejak PKP bermula kami berjaya meraih 100 juta yang pertama. Saat kebanyakan orang tidak yakin - ada lagi ke pelanggan yang nak sign up takaful di zaman pandemik?
Ia sebenarnya bukan kejayaan sekelip mata. Sejak 2017, impian Muqmeen Group meletakkan sasaran 100 juta pertama sebagai ultimate goal.
Tahun demi tahun, MG naik tangga demi tangga. Kami bulatkan tekad dan azam. Dengan cabaran baru pandemik, peralihan dari fasa physical meet kepada online/virtual, usaha kena diteruskan untuk terus kekal relevan. Alhamdulillah, 2020 adalah kejayaan yang pertama.
Untuk capai satu tahap prestasi yang lebih tinggi itu satu cabaran. Tapi untuk mengekalkan prestasi dan pergi lebih tinggi itu adalah cabaran yang berbeza.
Berkat kerjasama semua Muqmeen Group Nationwide yang berada di seluruh Malaysia, dengan angka manpower 100 Leaders & hampir 2,000 orang ejen keseluruhannya, kejayaan tahun 2021 dan 2022 berjaya kami kekalkan. Menjadi pace setter dalam industri bukan hanya dari segi performance, malah juga values.
Kejayaan ini bukan datangnya dari kami semata-semata tapi kejayaan semua pihak. Terima kasih MG Members Nationwide (MG), Leaders, AUM, Captains, Agents dan yang paling istimewa pelanggan-pelanggan kami.
Kesetiaan pelanggan kami adalah yang paling bermakna. Kepercayaan tiada berbelah bahagi terhadap kami, tiada galang gantinya.
Tidak lupa support staff dan juga staff syarikat PruBSN Takaful dan PAMB atas sokongan tidak berbelah bagi kepada kami.
Alhamdulillah, sesungguhnya semua yang kita perolehi adalah atas keizinan Allah SWT. Mudah-mudahan tahun 2023 dan tahun-tahun mendatang kita lebih cemerlang lagi.
Aamiin.
Saya sendiri tak sangka yang kejayaan ni mampu kami capai bersama. Tapi saya percaya saya berada di company dan agensi yang tepat.
Kepada sesiapa yang berminat nak join sebagai Apprentice di MUQMEEN GROUP, kami boleh bantu anda untuk bangunkan potensi dalam diri anda untuk berjaya dalam kerjaya sebagai perunding kewangan. Click link :

No comments:

Post a Comment