Sunday, 20 November 2022

EXTRA SPACE. EXTRA STORAGE

Assalammualaikum. Selamat pagi semua.

Just nak share pasal storage unit yang baru kami sewa untuk simpan barang tools booth promosi takaful.
Memandangkan ofis kami dah semakin bertambah manpower, barangan ofis juga semakin banyak. Bila dah macam tu, nampak sangat tak terurus. Ofis kami di Wangsa 118 tak macam ofis biasa yang ada banyak cubical atau bilik. Memang open space office.
So last week manager minta abglong carikan space untuk disewa. Khusus untuk simpan barangan booth, diary dan lain-lain.
Abglong terfikir la mana nak cari space untuk sewa? Paling tidak pun kena sewa satu ofis kecik. Tak relevan la pulak. Bertambah lagi kos bulanan.
Then terfikir yang memang ada satu storage facilities berdekatan Texas Instrument di Keramat. Terus tengok website. Namanya ExtraSpace @ Logos.



Dah dapat person incharge dan lock viewing untuk dapatkan quotation. Selepas viewing, present pada management MGR118 dan semua setuju.
Bagi sesiapa yang pernah tengok di channel tv - Storage Wars (bidaan unit storage yang dilelong tu) macam tu la keadaannya. Simple storage yang ada banyak - banyak size.
Untuk permulaan kami sewa locker unit sahaja dulu. Memandangkan abglong baru nak test dan tengok sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku. So jangan ambik risk memilih unit yang terlalu besar.
Dengan harga yang sangat berpatutan dan kalau perlukan extra space lagi, boleh tambah satu lagi unit. Ohh hya konsepnya adalah sewaan secara bulanan. Means kalau nak sewa sebulan pun takpe.




Semalam secara rasmi team abglong dah start letak tools kat sini. Kami ni rajin bukak booth so tools memang banyak. Bila dah ada locker macam ni sangat memudahkan. Habis duty, kemas barang, terus simpan di locker. Tak perlu lagi angkut dalam kereta bawak naik turun ofis di Tingkat 7 tu. Access pun 24 hours anytime boleh datang hantar dan ambik. Mudah, kan?
Ada banyak unit kat sini. Daripada sekecik locker macam kami sampailah ke unit yang sangat-sangat besar.
Boleh datang view sendiri kat Extra Space kalau berminat nak sewa. Cari Mr Ivan atau Mr Jay untuk consultation. Atau call dulu untuk set appointment +60 3-2027 4715

No comments:

Post a Comment