Wednesday 20 April 2022

PROSES DAFTAR DAN LOG IN PRUBSN TOUCH



Khas untuk pelanggan Prudential BSN Takaful, anda kini boleh menyemak pelbagai maklumat insurans anda secara online melalui PruBSN Touch. Jika sebelum ini anda perlu merujuk pada ejen anda, sekarang anda boleh menjimatkan masa dengan melakukannya sendiri. Anda boleh mendaftar dan menggunakan PruBSN Touch di app.prubsn.com.my.

Izinkan kami berkongsi.


1. Apa itu PruBSN Touch?

Jika anda penyumbang Prudential BSN Takaful, antara kemudahan yang disediakan di app.prubsn.com.my ialah:

  • Muat turun Annual Statement (AS) / Penyata Tahunan.
  • Muat turun Family Takaful Contribution Statement (FTCS).
  • Membayar sumbangan Takaful.
  • Semak maklumat perlindungan (E-Certificate)
  • Semak statement bayaran dan status polisi.
  • Semak penyata cukai.
  • Semak maklumat peribadi.


2. Cara daftar PruBSN Touch di app.prubsn.com.my

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar di PruBSN Touch:

  1. Layari app.prubsn.com.my.
  2. Tekan butang Register Now.
  3. Masukkan butiran berikut:
    • Certificate number (sila rujuk ejen anda)
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor telefon bimbit (sama dengan nombor semasa daftar polisi)
  4. Tekan Next.
  5. Nombor TAC akan dihantar pada anda.
  6. Masukkan nombor TAC yang dihantar.
  7. Tekan Next.
  8. Isikan maklumat berikut:
    • Username
    • Password
    • Confirm password
  9. Tekan Next.
  10. Isikan Secure Phrase (minimum 5 patah perkataan, maksimum 12 patah perkataan termasuk space)
  11. Pilih warna yang anda inginkan.
  12. Isikan Security Questions dan Security Answers.
  13. Tekan Submit.
  14. Skrin akan memaparkan Secure Phrase dan warna yang anda sudah pilih tadi. Tekan Sign In Now.
  15. Isikan username anda.
  16. Tekan Login.
  17. Pastikan paparan Secure Phrase anda adalah betul.
  18. Masukkan password anda.
  19. Tekan Submit.
  20. Baca Terms & Conditions. Klik I Agree.

Tahniah! Anda sudah berjaya mendaftar akaun anda di PruBSN Touch.


3. Cara login di app.prubsn.com.my

Sesudah mendaftar, anda boleh terus login dan menggunakan portal ini. Izinkan kami berkongsi cara-caranya:

  1. Layari app.prubsn.com.my.
  2. Di sebelah kiri skrin, masukkan Username anda.
  3. Tekan Login.
  4. Secure Phrase anda akan dipaparkan. Pastikan ia betul dan tepat.
  5. Masukkan Password anda.
  6. Tekan Submit.
  7. Baca Terms & Conditionstick I Agree.

Anda telah berjaya login.


4. Bagaimana jika terlupa password PruBSN Touch?

Sekiranya anda terlupa password PruBSN Touch, jangan risau. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut:

  1. Layari app.prubsn.com.my.
  2. Pilih Forgot Username / Password.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  4. Tekan Submit.
  5. Nombor TAC akan dihantar pada nombor telefon bimbit anda.
  6. Pastikan Secure Phrase anda tepat.
  7. Tekan Reset Password.
  8. Masukkan Password baru dan Reconfirm password baru.
  9. Verify Password baru anda. Password baru anda telah berjaya ditukar.


5. Bagaimana jika ada masalah untuk login atau tidak berjaya login?

Sekiranya anda ada mengalami masalah untuk login, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-20537188 atau sila lawati cawangan PruBSN untuk bantuan atau hubungi saya 013-4281217 untuk maklumbalas.

Semoga perkongsian kami akan memberi manfaat dan anda boleh menggunakan portal PruBSN Touch ini dengan lebih mudah.


SUMBER : BLOG MALAYSIA

No comments:

Post a Comment