Aktiviti bersama ejen masih diteruskan pada hari kedua (25/3/2022).
Selesai tutup kedai takaful jam 12 tengahari, terus shoot balik Sungai Petani untuk solat Jumaat.
Alhamdulillah masih bertenaga nak buat aktiviti dan decide jumpa di restoran mamak untuk beranikan diri approach dari meja ke meja.
Ya, saya akui mula-mula nak start approach memang agak berat. Hati teragak-agak.
"Takpe ke aku tegur ni?"
"Diorang tak marah ke kalau aku tegur?"
"Macam mana eh respon diorang nanti?"
"Takut la nanti kena maki"
Kena ingat satu je. Kita nak buat direct approach ni paling penting jaga adab. Jangan main redah. Kalau silap cara itu yang kena marah.
- Mulakan dengan tegur dan bagi salam.
- Mohon maaf sebab kita dah ganggu masa mereka.
- Nyatakan sebab kenapa kita approach dengan cara paling berhemah dan tertib.
- Mohon izin ambik masa sedikit untuk terangkan tujuan.
- Jika mereka tak setuju dan tak nak dengar, hentikan niat kita dan tinggalkan name card atau flyers untuk mereka baca.
- Jika mereka setuju, mohon izin duduk dan terangkan sehabis baik.
- Mereka setuju atau tidak, itu bukan kerja kita. Kita hanyalah sebagai pemudah cara, open dan beri kesedaran takaful.
- Selepas itu kita serahkan pada Allah swt untuk buka hati mereka membaca dan seterusnya buat pilihan.
Jika tiada rezeki kita, maka bukan rezeki kita la tu. NEXT!
Bila melihat ejen saya nekad bangun dan tegur prospek di meja makan, terdetik dalam hati masa itu :
Matlamat saya, nak awak berjaya.
No comments:
Post a Comment