Tayar tokey mana brand yang okay tapi 'murah' mampu milik.
Tokey tunjuk. Tapi bajet burst la pulak.
Then apa tokey kedai buat?
Dia bagi option tayar spare condition baik lagi. Murah-murah mampu milik. Cukup untuk sementara selagi boleh meet kita punya bajet.
Nampak, kan? Client puas hati, tokey pun happy dapat bantu client.
Pernah lalui kes macam ni?
Lain orang, lain keraknya. Itu kita kena paham.
Tayar sekarang condition teruk, dapat tukar yang okay sikit walaupun second hand sudah memadai buat sementara. Ada lebihan bajet barulah tukar nanti.
Asalkan kita tidak terdedah lagi kepada sebarang risiko jika masih gunakan tayar yang rosak.
Samalah juga macam tu bila kita nak tanya quotation takaful.
Ejen akan tanya apa yang kita nak. Then ejen akan bagi quotation based pada permintaan kita. Bila dah review, bagitahu pada ejen sekiranya quotation tersebut melebihi bajet yang anda ada.
Jangan malu, jangan segan. Ejen pasti akan bantu design satu plan yang dapat follow bajet kita. Trust me. Apa yang penting, bajet kita yang menentukan sesuatu urusniaga itu berjaya.
Ingat, biarpun kita sign up takaful yang paling basic asalkan ia mencukupi untuk cover risiko yang bakal terjadi nanti.
Sekurang-kurangnya kita dah ada 'payung' untuk berlindung dari hujan lebat berbanding kosong basah lencun habis.
Biar kecik, biar murah. Asalkan kita mampu bayar, mampu langgan sampai bila-bila.
Itulah sebenarnya plan takaful yang
terbaik
untuk kita.
Shahril Rizal Razali
No comments:
Post a Comment