1. Salah seorang client kawan saya meninggal selepas mencarum lebih kurang RM 4,000 selama setahun lebih.
2. Pampasan di beri kepada penama hibah iaitu Ibu nya
3. Kalau ikutkan ibu ada hak untuk dapat keseluruhan duit tanpa bagi kepada sesiapa pun. Ialah. Ini hibah kepada ibu kan ! Jadi, ianya adalah hadiah kepada si Ibu dari anak tadi.
4. Atas dasar tanggungjawab, Ibu tadi melunaskan hutang anak. Ada satu hutang yang anak tak ambil takaful. Beli kereta tanpa Auto Life. (Make sure semua pinjaman kita dengan bank ada insurans/takaful yang dibundle sekali ya)
Bukan apa, takut kadang kita tak ambil, atau pun ambil tapi separuh jalan Lapsed pula personal takaful masing - masing. Jadi tiada lagi sumber duit lain yang banyak melainkan Ibu dan Bapa jenis berduit.
5. Hutang arwah selesai yang itu dan Ibu nya merancang nak bawa seluruh ahli keluarga ke Umrah dan ada sedikit sedekah yang akan di buat atas nama Arwah Anak
6. Si Ibu tadi ada suami. Kedua sudah tak bekerja. Memang selama 7 tahun ni, Arwah tadi yang menanggung kebanyakkan perbelanjaan ibu dan ayah serta adik beradik di kampung (bill elektrik, bill air, makanan kering dan basah)
7. Arwah meninggal secara tiba - tiba dan seluruh ahli keluarga in shock. Jadi nya ambil masa untuk terima dan keadaan seperti sedia kala.
8. Covid 19 ini membataskan pergerakan ayah dan ibu untuk buat kerja di kampung. Sebab bahaya dan sudah berusia.
9. Kalau rasa semua point di atas penting untuk ibu dan ayah kalian, silalah buka hati dan minda untuk belajar tentang hibah takaful.
10. Bukan semua keluarga bernasib baik, ibu dan ayah ada simpanan yang banyak. Tapi kita mampu mengubah nasib kita dan keluarga kalau kita ambil tindakan sekarang.
No comments:
Post a Comment