Sesiapa sahaja yang mencari nafkah buat keluarga dipanggil breadwinner, tak kisah suami atau isteri.
Kehilangan breadwinner secara mengejut bukan sahaja mendatangkan kesedihan, ia juga mengakibatkan hilangnya segala pendapatan sara diri dan nafkah bulanan untuk keluarga yang ditinggalkan.
Lagi-lagi jika punca pendapatan keluarga itu 100% dari suami dan isteri tidak bekerja. Nafkah isteri, nafkah anak, nafkah ibu bapa juga terhenti.
Boleh dikatakan kehidupan keluarga terus berubah. Perlu berjimat cermat dan tidak dapat meneruskan kehidupan selesa seperti dahulu. Tiada lagi kelas tuisyen dan kelas piano anak. Mungkin terpaksa potong perbelanjaan Ast** dan penapis air yang tidak menjadi keperluan.
Dalam keadaan ini, mungkin isteri yang dulunya suri rumah terpaksa bekerja semula. Bukankah kita sebagai suami yang dulunya nak isteri duduk rumah menjaga anak-anak?
Mustahil untuk menolak takdir dan ajal. Yang pergi tetap tak akan kembali. Tetapi kita boleh berikhtiar untuk memastikan pendapatan yang hilang tadi digantikan dengan ‘income protection’ melalui hibah takaful.
Manfaat hibah takaful akan menjadi sumber kewangan yang dihadiahkan (dihibahkan) kepada waris. Wang pampasan hibah yang besar akan memberi jaminan kewangan kepada mereka untuk menyara diri selepas kematian suami.
Walaupun duit bukanlah segalanya untuk mereka. Tetapi zaman sekarang segala-galanya memerlukan duit.
Setidaknya mereka tidak hidup dalam keadaan meminta-minta. Rancanglah hibah takaful buat keluarga anda sekarang.
Untuk maklumat lanjut, consultation yang jelas dan telus, boleh hubungi saya sekarang :
No comments:
Post a Comment