Thursday 7 May 2020

POLIGAMI


Masih ingatkah anda dengan Filem Madu Tiga lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee?

"Isteri tua merajuk, balik ke rumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga."

Seronok. Ya seronok kalau berkahwin lebih dari satu.

Seronok untuk kaum lelaki la barangkali. Untuk si isteri yang dimadukan tu Wallahualam. Dapat berlaku adil sesama isteri maka bahagialah. Jika tak boleh, jangan pandai-pandai nak try ye. Bagi yang dah mengalami sahaja tahu asam garam pahit manis masamnya bermadu.

Senang cerita, jangan tempah...



POLIGAMI DAN KESANNYA KEPADA FARAID

Ingat lagi perkongsian saya tentang Waris Faraid?
Okay dalam waris faraid termaktubnya satu bahagian untuk si isteri iaitu 1/8. Jadinya jika anda berkahwin lebih daripada satu, bahagian tersebut akan jadi 1/16, lebih kecil berbanding sebelum ini. Sebab adanya perkongsian.

Bayangkan kalau ada isteri 3 dan 4? Anda darab bahagikan lah sendiri jumlah tu. Maka makin kecillah bahagian isteri-isteri anda dapat. Tiada kompromi tentang pembahagian ini. Tiada istilah : saya hidup lagi lama bersama arwah maka saya berhak dapat lebih. NO. Semuanya sama rata.

Senang cerita seumpama macam anda bawak balik sebiji tembikai. Dibahagikan 4 dan dibahagi sama rata dengan 4 isteri. Itulah bahagian mereka.

Jika anda seorang ushawan dan jutawan, harta banyak takpelah jugak. Dibahagikan 4 pun masih terasa banyak. Macam mana kalau suaminya cuma orang biasa-biasa? Kalau ada duit dalam akaun pun terpaksa dibahagikan 4. Sedih. Makan hati isteri tua tau...

Ini lagi satu masalah.

Jenis yang berkahwin secara rahsia pulak bagaimana? Ermmm yang ni tak dapat la nak tolong. Jika Si A sudah meninggal dunia, di saat pembahagian harta pusakanya, muncul si polan binti si polan mengaku isteri kedua kepada arwah. Bagaimana penerimaan isteri pertama dan anak-anaknya?

Benda dah jadi. Kalau sah dokumentasinya, maka sah la si polan itu madunya. Dan hak sebagai pasangan dalam faraid perlu dikongsi bersama. Nak tak nak, kena terima.


PENTINGNYA INCOME PROTECTION

Anda sebagai suami, anda sudah semestinya ada kewangan kukuh kalau nak berpoligami. Betul tak? Sudah semestinya sebab ada banyak dapur nak kasi berasap.

Bermakna, setiap bulan anda bawak balik income/cash untuk bayar segala komitmen dan duit belanja keluarga-keluarga anda. Penting kan income tu?

Andai kata anda pergi dulu. Income anda turut sama pergi atau masih masuk account setiap bulan? Perbelanjaan dan komitmen bulanan adakah terus kena bayar atau stop? Dari mana income tu nak datang setelah ketiadaan suami?

Paling berat, kalau isterinya cuma surirumah sahaja. Jadi harap segera sedarkan suami anda dan minta suami buat backup plan. Sayangi diri anda dan nasib diri sendiri serta anak-anak kemudian hari. Siap siaga sebagai Plan B untuk kecemasan. 

HIBAH SEBAGAI PELENGKAP

Jadinya saya menyeru kepada anda yang berpoligami. Sediakan hibah sebagai tanda anda berlaku adil kepada isteri-isteri anda. Harta pusaka biarlah berjalan macam biasa mengikut hukum.

Hibah ini sebagai Plan B yang menjadi instant cash/fund kelangsungan hidup pasangan-pasangan anda teruskan kehidupan.

Sekiranya kesedaran suami tinggi dan semasa hayatnya ada hasrat nak bahagikan ikut kehendak dan kasih sayang semasa hidup, dokumen hibah ini memainkan peranan penting.

Anda boleh pilih nak namakan siapa yang anda mahu. Bahagian itu takkan ada sesiapa boleh usik dan minta dibahagikan. Juga terlepas daripada faraid.

Berlaku adillah semasa hidup hingga ke akhir hayat. Kelak nanti, anda akan diingati atas asbab keadilan yang telah dirancang rapi.

Sediakanlah hibah kerana hibah ini disediakan semasa hidup, pengurusannya dilaksanakan selepas kematian.

Shahril Rizal Razali
#AbgLongTakaful

1 comment:

  1. sy isteri kedua. suami tiada hibah. boleh kah sy belikan hibah atas nama suami dan hibah ini hanya diberikan utk sy bila dia sudah tiada?

    ReplyDelete