Masyarakat kita sering ambil anak angkat sejak bayi. Kasih sayang tak berbelah bahagi seumpama darah daging sendiri. Ditatang bagai minyak yang penuh.
Kebiasaannya anak angkat akan tahu statusnya itu apabila semakin matang dan bertambah usia. Ada ibu bapa yang berterus terang sejak awal lagi dan ada juga yang tidak. Terpulang kepada cara masing-masing. Tidak ada spesifik masa yang tepat. Paling penting emosi kedua-dua belah pihak dapat dikawal.
Bagaimana pula kalau statusnya itu suatu hari nanti dipertikaikan ketika pembahagian harta pusaka? Umum mengetahui mengikut hukum, anak angkat tidak dapat mewarisi harta pusaka ibubapanya. Itu pemahaman di pihak kita orang luar.
Cuba kita lihat daripada sudut fikir anak angkat itu sendiri.
Di saat kehilangan kedua ibubapanya, status ini diperbahaskan.
Bagaimana emosinya?
Bolehkah dia terima dan hadam perubahan yang sedang berlaku?
Di saat waris-waris sah yang lain membuat pembahagian, namanya tidak ada dalam senarai. Sedangkan semua adik beradik diberi kasih sayang sama rata sejak dari kecil oleh mak dan ayah.
Paling penting, bagaimana masa depan hubungan dengan waris-waris yang lain? Jika sepakat kekalkan hubungan kekeluargaan, tiada masalah. Bagaimana jika sebaliknya?
Setiap perancangan kita sebagai ibubapa angkat, harus menyeluruh. Kena merancang sewaktu kita masih hidup, juga masa depan anak angkat itu jika kita dah tiada nanti.
Kita boleh berlaku adil, sepanjang hayat kita. Jangan nanti masa depannya terabai dek kerana harta pusaka setelah kita tiada. Kita tahu, tapi kita tak buat apa-apa tentangnya.
Saat kita muram inginkan cahayamata, Allah hadirkan anak itu membawa gelak tawa dan seribu sinar cahaya kegembiraan.
Sediakanlah satu Plan B iaitu Hibah @ Hadiah yang mana khusus untuk anak angkat ini. Harta pusaka biarlah untuk anak-anaknya yang sah. Itu sudah pasti. Tapi hibah ini hanya untuk dia, ikhlas dari anda berdua...
No comments:
Post a Comment