Friday 10 April 2020

VIRTUAL AGENCY MONTHLY GATHERING (AMG)

Alhamdulillah selesai join Virtual Agency Monthly Gathering (AMG) MG Klang.

Sambil dengar perutusan khas daripada agensi, dapat juga catch up live Perutusan Khas Perdana Menteri. Dua-dua sama penting.

So kena lanjutan tempoh lagi sehingga 28hb April 2020. Apa nak buat. Ini masalah satu dunia. Bukan boleh buat main-main dengan benda yang boleh mengakibatkan kematian.

Jadi kita fokus kepada apa yang kita boleh control. Kerajaan dah umum lanjutan tempoh. Itu diluar bidang kuasa kita. Yang kita boleh kawal sekarang adalah aturan hidup jadual seharian, stay at home, penuhkan dengan aktiviti kerohanian dan manfaatkan masa sepenuhnya bersama keluarga.

Diingatkan juga respect skop kerja frontliners. Doakan kita semua sihat, selamat dan semoga keadaan akan kembali pulih sepertimana sedia kala. Aamiin







No comments:

Post a Comment