Friday 3 April 2020

DANA KECEMASAN @ EMERGENCY FUND




Sejak kerajaan umumkan moratarium, I believe ramai orang tarik nafas lega sekejap ramai orang affected economically. Dan langkah ini memberi ruang untuk rakyat marhaen seperti kita ini untuk mula simpan duit untuk dana kecemasan.

Berapa jumlah dana kecemasan yang okay?

Bergantung pada komitmen anda; 6 bulan gaji pada pendapat aku sangat bagus.
Contoh : Gaji Mak Kiah RM3k sebulan,
RM3,000 × 6 = RM18,000 ðŸ˜¬

Ada yang kata mustahil nak simpan sebanyak tu sekarang.
Memang la sekarang mustahil, tapi sekurangnya dapat pupuk habit untuk simpan. Dapat simpan 2-3 bulan gaji pon okay kan

Apa fungsi dana kecemasan ni?

i. Dalam situasi kecemasan, kita nak duit dalam kadar segera. Takyah nak tunggu next gaji atau potong komitmen baru nak settle masalah.
Contoh : kereta accident, tayar pancit, urgent hal kena balik kampung.

ii. Tak perlu panic loan. Tak perlu janji manis nak pinjam duit kawan atau tiba tiba buat personal loan. Kita boleh elak dari berhutang!

iii. Kalau berlaku lagi recession economy macam sekarang or pandemic, kita dah prepare awal awal.

Di mana nak simpan dana kecemasan ni?

Simpan di Tabung Haji atau ASB. Asingkan siap siap supaya tak campur dengan duit lain.

Boleh guna dana kecemasan ni untuk rawatan perubatan?
Boleh. Tapi orang yang cerdik dia ambil takaful perubatan. Transfer risiko ke takaful, tak usik dana kecemasan tu.
Nanti kos hospital RM20k sebab operation tak ke habis dana kecemasan kau?

Klik untuk maklumat lanjut....

- Credit to Ideen Takaful -

No comments:

Post a Comment