Saturday 4 April 2020

BILA KITA TUA


Kalau anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.

1. Bila kita tua...
Luangkan waktu bersama pasangan kita kerana salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.

2. Bila kita tua...

Akan tiba masanya nak berjalan ke pintu saja dah susah. Sementara masih berkemampuan, berjalan-jalanlah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah s.w.t, untuk mengagumi keindahan ciptaan-NYA.

3. Bila kita tua...
Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka sudah ada keluarga. Mereka akan mampu berusaha sendiri.

4. Bila kita tua...
Rapatkan ukhuwah dan luangkan waktu bersama rakan-rakan lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

5. Bila kita tua...
Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, iaitu : lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit dan mati.

Bila kita tua, pasti akan sampai waktunya. Cepat atau lambat, bukan urusan kita. Itu urusan Yang Maha Esa. Persiapkan diri secukupnya. Percaya, kita adalah hambaNya. Kita semua milikNya....

No comments:

Post a Comment