Saya ambil contoh sedekah yang biasa kita amalkan.
Sedekah ketika pergi solat Jumaat di Masjid. Biasanya ada yang mulakan dengan note wang yang paling kecil.
RM1. Amalkan. Jika lama-kelamaan, kita dah takde rasa apa-apa dengan nilai sumbangan sedekah itu, kita upgrade lagi.
RM5. Amalkan. Jika lama-kelamaan, timbul perasaan yang sama, kita upgrade lagi.
RM10. Amalkan. Juga jika timbul perasaan yang sama. Sila teruskan upgrade.
Upgrade sampai kita rasa nilai yang kita sumbangkan sebagai sedekah itu terasa begitu bermakna. Lebih banyak kita sumbang, lagi banyak kita dapat bantu orang lain. Lebih banyak urusan ke jalan Allah yang dapat kita permudahkan. Juga dapat ganjaran pahala yang berterusan.
Itu sedekah sekiranya kita masih hidup.
Macam mana nak teruskan bersedekah dan terus dapat rantaian pahala berterusan walaupun kita dah takde kat dunia ni?
Saya cadangkan untuk kita sediakan dana sedekah jariah melalui hibah takaful.
Kita set hari ni waktu kita masih hidup untuk kita sedekahkan sejumlah wang hibah buat rumah anak yatim, masjid atau surau pilihan kita.
Rujuk posting saya tentang bagaimana takaful membantu :
Berapa banyak jumlahnya adalah terserah kepada kita. Selagi mana kita mampu untuk uruskan dan niat yang paling penting. Hanya Allah swt yang tahu berapa banyak ganjaran pahala menanti kita semua di sana nanti. Berterusan selagi mana ada hamba Allah yang menggunakannya ke jalan Allah, sedangkan kita sudah tiada lagi di dunia pada waktu itu.
Rujuk posting ini dan lihat bagaimana wang pampasan arwah digunakan untuk jalan Allah swt :
Tidakkah kita juga ada impian sebegini besar untuk turut sama sedekah membina atau menambah baik fasiliti masjid dan surau demi agama Islam?
Ada 3 benda yang takkan putus walaupun kita sudah meninggal dunia :
1. Doa anak yang soleh
2. Ilmu yang bermanfaat3. Sedekah Jariah
Teruskan bersedekah. In shaa Allah, ada bahagian kita nanti. Rujuk saya jika anda berhasrat nak cipta sedekah melalui takaful.
No comments:
Post a Comment