Thursday 12 December 2019

SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT

First time kene tegur.

C : Awak agent ke?
A : Ye saya, apa yang boleh saya bantu?

C : Saya sekarang tengah nak survey medical card. Pakej plan apa yang awak ade sekarang? Apa yang terbaik awak boleh offer?
A : Tuan kerja di mana? Minta maaf saya tanya, ada apa-apa sakit ke?
C : Saya Vice President di syarikat ####. Doctor dah beritahu injap jantung saya dah tersumbat. Sekarang saya tak risau sebab company cover sepenuhnya. Saya cuma risau bila dah bersara lagi 2 tahun nanti, saya perlukan coverage.
.
.
.
Saya terdiam seketika.Ini bukan kali pertama saya jumpa bakal client macam ni. Terlalu bergantung kepada majikan dan sampai satu masa bila perlukan takaful baru nak cari.
Takaful bukan satu perkara macam panadol ataupun pampers. Bila kita perlukan baru kita cari, bila tak nak kita buang.

Harapan untuk orang yang dah ada medical history dan berhasrat untuk apply takaful adalah tipis. Waktu tu ramai yang sanggup bayar takaful walaupun beribu ringgit. Tapi apakan daya. Semuanya terlambat. Bayangkan epf kita dari muda kita kerja sampai la dah bersara terpaksa dihabiskan untuk kos rawatan kita waktu tua nanti.

No comments:

Post a Comment