Tuesday 31 December 2019

GOODBYE 2019, WELCOME 2020



Terima Kasih 2019.


Terima kasih untuk semua kenalan client-client baru, daripada asalnya orang asing kini menjadi sahabat baru.

Terima kasih sahabat-sahabat semua untuk segala pengalaman tahun ini. Alhamdulillah kita semua terus kekal bersahabat, Allah panjangkan usia kita untuk terus muhasabah diri dan lebih menyayangi insan-insan di sekeliling kita.

Al-Fatihah buat sahabat, ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah pergi lebih awal meninggalkan kita. Allah swt lebih menyayangi mereka. Doakan yang terbaik buat waris-waris mereka meneruskan kehidupan di dunia.

Semoga Allah terus melindungi kita semua. Tahun 2020 bukan setakat angan-angan melihat kereta terbang. Tapi angka yang bakal merubah diri saya, dan kita semua. Saya doakan yang terbaik untuk sahabat semua dalam mencapai impian dan cita-cita.

Semoga impian kita semua tercapai di tahun 2020!

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Shahril Rizal Razali
Ejen Prudential BSN Takaful Anda

No comments:

Post a Comment