Monday 14 October 2019

SMS PRUBSN KREDITKAN DUIT DANA TABARRU'

Ramai client yg wassap tanya berkenaan ini dari semalam. Letih oii nk reply sorang2. Hahaha. Since ramai kurang jelas terpaksa up posting. 😁😂




Apa tu..? Duit keuntungan dana pelaburan ke?

Bukan keuntungan dana pelaburan tapi lebihan dana.. Ini adalah keistimewaan takaful yang tiada pada insuran konventional..

Dana Tabarru' ialah dana kerjasama maksudnya setiap caruman takaful, akan dimasukkan dalam Dana Tabarru' ini, dan dengan dana inilah yang digunakan untuk membayar segala klaim peserta.. Dan jika ada lebihan dalam Dana Tabarru' maka operator (PruBSN Takaful) akan 'pulangkan' kepada peserta seperti contoh dalam picture, dikreditkan dalam akaun takaful peserta..


Tak faham lagi?

Baik, sebagai contoh:

100 peserta telah mencarum dengan total caruman setahun sebanyak RM2,000..
Jadi Jumlah Dana Tabarru' terkumpul ialah RM200,000.. Bila audit dibuat, klaim pada tahun tersebut cuma RM150,000 dan ada lebihan RM50,000 dalam Dana Tabarru' yang juga dikenali sebagai (surplus). RM50,000 ini akan dipulangkan mengikut bahagian seperti yang dipersetujui dalam sijil policy samada "60% kepada peserta 40% kepada syarikat" dan sebagainya..

Kenapa tiada Dana Tabarru' dalam insuran konventional?

Sebab insuran konventional ialah jual beli.. Kamu beli insuran dan syarikat akan tanggung risiko klaim..

Takaful ialah akad kerjasama, tolong menolong dan sedekah maka lebihan Dana Tabarru' bukan keuntungan syarikat, tetapi adalah duit pencarum..
Wallahu a'lam 🙂

No comments:

Post a Comment