Sunday, 6 October 2019

PINJAM DUIT BOLEH?


Test pinjam RM10,000 sahaja.
"Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?"

Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia.
Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat "wayang" pasal nak pakai duit untuk hospital, ini respon yang isteri dia bagi:
1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.
2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.
3. Kesimpulannya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.

Okay beralih kepada orang terpilih kedua.
Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.
Pendek cerita, respon bff:
1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.
2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah.
Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000.

Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.
Siapa orang terakhir dia call ni?
Mak dia.
Respon mak dia:
1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena 'penyakit' tapi tak bebel banyak macam isteri dia
2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000.
3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.
4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.

Selesai 'cabaran' kawan aku ni, meleleh air mata aku woih. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir.
Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak.
Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu.
Tapi sampai bila kita nak susahkan mak kita?
Mak tak sampai hati biarkan anak dia susah. Tapi kita sampai hati pulak untuk susahkan hidup dia sampai ke hari tua...

Cukuplah dan berubah.

Kredit pada pemilik asal karya ini.

Saya tak mampu nak pinjamkan sebanyak tu, tapi in shaa Allah saya mampu advise terBaik untuk Anda ðŸ˜Š

No comments:

Post a Comment