Tuesday 8 October 2019

GAJI ATAU REZEKI BERTAMBAH, PASTIKAN UPGRADE BENDA NI


Ramai yang merungut dengan mengatakan gaji tak naik-naik, dan kos sara hidup pula semakin meningkat. Tetapi apa yang kita buat apabila diberi kenaikan gaji? Lagi best apabila dapat bonus 2-3 bulan gaji.

Mesti Belanja Sakan Kan?


Akibat terlalu seronok dapat rezeki, kita pun belanja tak ingat dunia. Beli telefon baru, beli baju baru, beli tudung baru, malah ada juga yang beli kereta baru. Bila duit tersebut dah habis, kita pun kembali merungut dan komplen tak sudah-sudah.
Ayuh kita ubah mentaliti berbelanja sakan ini, sebaliknya kita upgrade level atau memperbanyakkan bersedekah.

Rezeki Semakin Bertambah

Sebut sahaja sedekah, pasti ramai yang sedia maklum mengenainya terutama di kalangan orang beragama Islam. Juga dikenali sebagai infaq, ia bermaksud kita memberi atau menghadiahkan sesuatu kepada orang lain.
“Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.” – Surah al-Baqarah Ayat 261

Takkan Miskin Disebabkan Sedekah

Ini satu konsep yang masyarakat kita masih kurang faham. Ingatkan kalau keluar duit RM10 untuk bersedekah, maka akan kurang wang dalam dompet.
Nabi SAW bersabda: “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah” (HR. At-Tirmidzi)
Banyak lagi sebenarnya kelebihan bersedekah, di antaranya:

1. Allah anggap sebagai satu bisnes yang tidak merugikan

2. Malaikat mendoakan gantian semula bagi harta yang dibelanjakan

3. Menjadi aset akhirat sewaktu tiada bisnes dan bantuan lain di sana

4. Dianggap amalan yang paling utama di sisi Allah
5. Memberi kemenangan dalam usaha melawan Syaitan
6. Memelihara kemuliaan dan maruah diri
7. Mengelakkan kemurkaan Allah
8. Mengelakkan mati dalam keadaan buruk (su’ul khatimah)
9. Menjadi pelindung daripada azab neraka
10. Menghapuskan dosa 
11. Mengelakkan daripada bahaya dan musibah
12. Menyelesaikan pelbagai beban dan masalah hidup
13. Menambahkan harta yang sedia ada dan keberkatannya
14. Dilindungi bayangan Allah di mahsyar daripada kepanasan 
15. Memberi pahala berterusan walaupun selepas meninggal dunia
16. Tersedia pintu khas di Syurga untuk ahli sedekah
17. Melembutkan hati yang keras
18. Mengelakkan daripada kepanasan azab kubur
19. Menjadi kunci pembuka kepada amalan-amalan baik yang lain
20. Menghubungkan silaturahim antara hata-hati manusia
21. Ganjaran pahala amalan orang lain turut diterima oleh penderma
22. Menjadi bukti kepada keutuhan iman kepada Allah Tuhan Yang Maha Kaya
23. Menyembuhkan pelbagai penyakit

SumberFB Muamalat.my

Pastikan Kita Bersyukur Dengan Menambah Sedekah Apabila Rezeki Bertambah

Bila rezeki kita semakin bertambah, pastikan juga sedekah kita semakin bertambah. Semoga kita peroleh kebaikan di dunia dan akhirat dengan sedekah yang kita lakukan. InsyaAllah….

No comments:

Post a Comment