Sunday 6 October 2019

DALAM TANGISAN YANG SAYU ADA SENYUMAN YANG TERUKIR

Credit kepada sahabat saya Yie Fathullah atas amanah yang telah dilaksanakan.Tenanglah clientku...


Masih terngiang2 kata2 arwah client saya 2 tahun lepas masa saya jumpa beliau untuk saya share berkenaan “#HIBAH #TAKAFUL” , sejurus beliau setuju untuk proceed plan Hibah , saya terus tanya beliau wan kenapa kau ambik hibah dengan aku ?

.
“Yie , aku percaya cara kau kerja since kita pernah kerja sama2 dulu then aku ambik HIBAH ni aku tak fikir lain , aku fikir bila aku dah takda nanti aku nak Ma Abah aku dapat pergi mekah dengan duit HIBAH ni”
.
Allahu, wan sungguh mulia niat kau sahabat. Saya tak sangka selepas 2 tahun beliau mencarum Hibah #Warisan total caruman baru sahaja RM3,600 dengan bulanan RM150 ,pada 25/12/2018 saya menerima berita yang beliau berada di hospital dan pada 27/12/2018 beliau menemui Ilahi . Sedih tak terkata bila client merangkap kawan sendiri menghadap ilahi.
.
Punca kematian arwah disebabkan oleh bleeding uknown source. Amanah arwah nak sangat Ma Abah beliau ke Mekah menyebabkan saya uruskan claim hibah beliau sebaik mungkin.
.
Syukur dengan izin Allah alhamdulillah pada 15/8/2019 #claim HIBAH diluluskan oleh #prubsntakaful berjumlah RM363,713.36 . Berkesempatan Hari ini saya serahkan #cheque kepada penama Hibah iaitu Ma dan Abah arwah.
.
Subhanallah Allahuakhbar, rasa kepuasan dapat membantu tiada nikmat yang paling besar sebagai perunding takaful apabila dapat ucapan TERIMA KASIH serta tangisan gembira dari ma abah serta keluarga arwah ðŸ˜­
.
“Bila matinya anak adam terputus segalanya kecuali 3 perkara iatu doa anak soleh , ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah”
.
Sesungguhnya Arwah client saya seorang anak yang baik . Sedekah jariah pada ma abah & keluarga beliau bukan sahaja hanya semasa beliau hidup bahkan ketika beliau tiada sedekah/harta beliau tetap diteruskan melalui HIBAH TAKAFUL.
.
BERHIBAHLAH UNTUK MEREKA YANG TERSAYANG.

AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment