Kau tengah kilatkan kasut kulit. Esok nak meeting. Wife kau tengah gosok baju. Anak-anak tengah khusyuk siapkan kerja sekolah. Masing-masing dengan urusan sendiri.
Tiba-tiba...Blackout!!!
Gelap gelita. Tak nampak apa.
Agak-agak apa perkara pertama yang berlaku?
"Mak! Ayah!"
Ya.
Itulah respon pertama yang spontan datang dari anak-anak kau. Mereka jerit panggil kau dan wife sekuat hati! Mereka cari mak dan ayah sebagai tempat perlindungan daripada rasa takut dengan kegelapan.
Itulah respon pertama yang spontan datang dari anak-anak kau. Mereka jerit panggil kau dan wife sekuat hati! Mereka cari mak dan ayah sebagai tempat perlindungan daripada rasa takut dengan kegelapan.
Mak yang pertama akan usaha cari anak-anak. Tenangkan mereka. Walaupun dalam gelap dengan hanya bantuan lampu torchlight daripada Iphone X yang canggih tu.
Ayah pula berusaha keras mencari kat mana diletaknya lilin yang pernah dibeli. Habis segala tempat dicari. Kononnya sebagai backup kalau-kalau jadi kes sebegini.
Jumpa.
Alhamdulillah.
Lilin dinyalakan satu-persatu. Dan anak-anak yang cemas sebelum ini kembali ceria dengan sinar kilauan lilin tu. Bahagianya mereka bila mak dan ayah ada bersama menghilangkan rasa cemas dan takut.

Kau dan isteri sebenarnya umpama lilin tersebut. Bila gelap atau blackout, anak-anak akan hilang arah dan takut. Sebab mereka tak tahu apa akan jadi dalam gelap. Dan mereka tak tahu berapa lama mereka perlu bergelap. Adanya korang seperti lilin yang terang benderang bagi harapan. Kau ada di saat mereka memerlukan.
Kau bayangkan diri kau lilin. Suatu masa nanti lilin tu akan habis digunakan. Dan mungkin juga saat dinyalakan, ia hidup. Tapi datang angin bertiup, ia akan terpadam juga walaupun baru sahaja dinyalakan.
Macam itulah jugak pentingnya kau dan isteri. Anak-anak sangat bergantung harap pada kau. Untuk masa depan mereka.
Macam mana tiba-tiba ESOK pada saat mereka sangat perlukan kehadiran korang :
"Mak! Ayah!"
Berulang-ulang kali. Tapi tak berbalas...
P/S : kalau kau boleh sediakan lilin sebagai backup, tolong sediakan juga income replacement @ hibah untuk keluarga...
No comments:
Post a Comment