Tuesday 8 October 2019

5 KESILAPAN KEWANGAN YANG BIASA DILAKUKAN GOLONGAN BELIA


Apabila anda sudah menginjak usia 30 tahun, anda seharusnya matang dan bijak dalam melakukan perancangan kewangan anda. Ada yang kata kehidupan bermula ketika usia 40 tahun, namun pada usia 30 tahun adalah merupakan fasa yang kritikal yang akan menunjukkan samada kita ini matang dalam perancangan kewangan atau pun tidak.
Namun begitu, masih ramai yang melakukan kesalahan yang sebenarnya boleh dielakkan. Semoga kita semua dapat menjauhkan diri daripada kesalahan berikut.
Kesalahan 1: Salah Guna Kemudahan Kad Kredit
Siapa yang tak bangga bila dapat kad kredit pertama? Ada yang berbangga sampai memberitahu semua orang, berapa jumlah had kad kredit yang dimilikinya.
Namun kita harus tahu, bahawa kad kredit jika tidak digunakan dengan sebaiknya akan menjadi beban kepada kita di masa akan datang. Mana taknya, asyik swipe saja untuk semua perkara – kemudian hanya bayar minimum saja setiap bulan.

Kesalahan 2: Tidak Memiliki Rumah

Aset merupakan satu perkara yang penting apabila kita menginjak usia 30 tahun. Sekurang-kurangnya kita harus berusaha untuk memiliki aset tetap seperti rumah, tanah atau emas. Aset ini mempunyai nilai yang akan bertambah dari semasa ke semasa.
Namun kebanyakan daripada kita yang melakukan kesalahan dengan menambah liabiliti pula, seperti membeli kereta, telefon bimbit terbaru dan pakaian berjenama.
Biasa dengar pepatah “We buy things we don’t need with money we don’t have to impress people we don’t like“?

Kesalahan 3: Tidak Mempunyai Simpanan

Simpanan adalah penting dan kita disarankan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 3 sehingga 6 bulan gaji bulanan sebagai duit simpanan kecemasan. Namun menurut statistik yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1,000 yang boleh digunakan ketika berlakunya kecemasan.
Bukan untuk kecemasan saja, kita juga perlu ada simpanan untuk perbelanjaan tahunan seperti memperbaharui cukai jalan dan Takaful kenderaan, simpanan untuk pergi berjalan-jalan dan banyak lagi.

Kesalahan 4: Bergantung Kepada Satu Pendapatan Sahaja

Di zaman sekarang yang semakin mencabar, kita tidak boleh bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja. Jika ditakdirkan kita dibuang kerja, maka habislah kita. Simpanan pun tiada, pendapatan pun tiada.

Kesalahan 5: Menangguhkan Pengambilan Takaful

Kita sepatutnya mengambil Takaful seawal yang mungkin atau apabila kita mula bekerja. Ianya ibarat seperti simpanan, cuma yang membezakannya ialah kita tidak dapat mengeluarkan duit simpanan tersebut hanya apabila terjadinya kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, sakit dan sebagainya.
Malah lagi awal kita mengambil Takaful, lagi murah bayaran bulanan yang perlu kita bayar.
KREDIT TO MAJALAH LABUR

No comments:

Post a Comment