Thursday 4 October 2018

KISAH 5 BERADIK

Kalau kita seorang je rasa diri tu hebat, sebenarnya kita salah.

Kita jadi hebat sebab adanya orang lain disekeliling yang bantu walaupun peranannya kecil dan kita tak nampak.

Kita hidup ni saling memerlukan. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. ✌️

Okay, kat sini saya sharekan kisah 5 sahabat. Cerita perkongsian asal daripada associates saya Radzawan Jaafar. Dan write up semula oleh Mohd Hanafiah Husain.

################
KISAH 5 BERADIK
################

Pagi tadi masa sharing kat opis ada sahabat aku share perihal 5 beradik ni yang selalu bergaduh dan suka meninggi diri dengan kelebihan masing-masing.. Siapa 5 beradik tu?Merekalah..




Si jari hantu - "Dalam banyak2 jari aku lah yang paling panjang dan kuat,kalau nak menumbuk sesuatu.. jari aku terlebih dahulu sampai,kalau nak marah sesuatu pun jari aku yang sampai dulu,kata si jari hantu"(memang hantu betullah kau ni)

Si jari telunjuk pun mencelah "Kau pernah tengok orang korek hidung pakai jari hantu?xda kan?semua guna aku,jari telunjuk berkata dengan bangganya"

Jari manis pun mencelah "Kau jari yang paling jijik dan pengotor wahai telunjuk..kejanya nak 'melombong' jer..tak macam aku,kesukaan ramai orang,sentiasa disarungkan cincin emas intan berlian dijari ku".

Jari kelinking pun mencelah "Kau bayangkan kalau aku takda?tentu cacat pandangan org kalau sarung cincin disebelah jari yang cacat,lagi satu camna orang nak korek telinga kalau gatal,walaupun size aku yang paling kecil tapi besar manfaatnya..takkan nak korek telinga pakai ibu jari?"

Ibu jari dari tadi dok perati jer gelagat saudara-saudaranya,lalu bersuara "Walaupun aku yg paling pendek,tapi aku lah yang paling besar,kuat dan paling berguna...katanya..kalau ada orang yang sesat jalan akulah yang pertama akan menunjuk arah,pernah tak jari kelinking,jari manis,jari hantu atau jari telunjuk orang guna untuk menekan pin?semuanya menggunakan khidmat aku yg kuat ni,katanya dengan sombong"

Moral of the story: Kehidupan kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain,tiada yang sempurna,masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..jangan meninggi diri kerana suatu hari kita pasti perlukan bantuan orang lain,kalau tak caya cuba korang try masa 'mencebok' nanti,boleh ke guna jari kelinking jer..😀😀😀

Idea asal oleh Radzawan Jaffar les sekinchan.tq bro.

No comments:

Post a Comment