Wednesday 8 August 2018

DAFTAR HAJI

Alhamdulillah.
Selesai uruskan buka buku simpanan di Tabung Haji untuk anak-anak. Salah satu saluran menyimpan yang matlamatnya untuk mengerjakan haji suatu hari nanti.

Guess what?
Daftar haji hari ni, tahun peruntukan mengerjakan haji adalah pada tahun 2126. Huhu jauhnya lagi... Kalau by calculation, memang tak logik. Tapi itu adalah sekadar angka peruntukan sahaja oleh pihak Tabung Haji.

Ambik positif.
Segera penuhkan simpanan dan appeal. Tutup segera hutang yang ada dan salurkan duit tu ke dalam Tabung Haji. Jangan tambah hutang lagi ye...

Info kat bawah ini adalah sekadar perkongsian. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin juga belum. Semoga bermanfaat.

Macam mana nak daftar haji melalui akaun simpanan TH? 
Buka akaun simpanan dengan letak deposit RM1,300 untuk layakkan terus pendaftaran haji. Jika tidak, akaun akan kekal sebagai simpanan sahaja.

Atau bagi yang belum ada akaun simpanan untuk diri sendiri tapi ada EPF, cuma buka akaun dengan depositkan sejumlah wang. Lepas tu lampirkan salinan statement EPF untuk layakkan pendaftaran haji. Tak perlu depositkan RM1,300 ke dalam akaun.

Mudah kan?

JOM menyimpan dari sekarang...


No comments:

Post a Comment