Wednesday 9 August 2017

Pernah Alami Virus Beguk?

Last week, anak saya demam. Fever 38-39 degree Celcius. Dah bawak jumpa doktor, dan findings cuma demam biasa. Then, dua hari kemudiannya anak saya masih demam. Saya dapati ada sedikit perubahan pada bentuk fizikal muka anak saya iaitu di bahagian pipi (bahagian rahang). Agak sedikit membengkak dan anak saya tak bagi saya sentuh bahagian tu. Sakit katanya. Finally, doktor klinik sahkan ianya adalah beguk. Dan demam itu membawa virus beguk.

Dah lama juga saya tak dengar pasal virus beguk ni. Zaman sekolah rendah dulu selalu dengar. Lepas tu takde dah. Akhirnya sekarang baru kedengaran pasal virus ni.

Kuarantin. Yes! Doktor nasihatkan untuk duduk sahaja di rumah. Sebab virus ini sangat mudah berjangkit. Kesannya jangkitan bukan secara terus. Hari ni dijangkiti dan esok terus dapat beguk. Tapi makan masa. When the time is right, beguk will appear. Haiiihhh....

Tiada apa-apa ubat spesifik untuk hilangkan beguk ni. Doktor cuma beri ubat demam, batuk dan antibiotk. Beguk itu akan hilang dalam masa 10 hari.

Kami cuma amalkan petua orang dulu-dulu. Mak mertua yang bagi tips.


Ambil nila (yang kita dok nila kan baju sekolah tu)....Letakkan dalam piring. Titiskan beberapa titik cuka ke dalamnya. Kacau sebati dan lumurkan ke bahagian beguk tu. Ulang beberapa kali. Jangan risau, esok pagi bilas dengan air, ia akan hilang. Alhamdulillah berhasil...

Disebabkan saya bukan doktor, bahasa saya mungkin bahasa pasar @ biasa-biasa sahaja. So kat sini saya kongsikan sharing daripada salah seorang doktor yang lebih arif berkenaan beguk ini. Semoga penulisan doktor ini memberi guidence dan manfaat kepada anda semua...

Apakah itu beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.
Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari
Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)? Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:
  • Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
  • Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
  • Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
  • Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak
Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.
Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.

Sumber : PORTAL MyHEALTH (http://www.myhealth.gov.my/beguk-3/)

Content Writer : Dr. Chan Kwai Cheng


No comments:

Post a Comment