Saya ada menerima pertanyaan daripada client saya tentang bagaimana nak access PruBSN Touch. So kat sini saya akan share step by step bagaimana nak buat. Mungkin sebelum ni ada yang tanya dan kita dah bagitahu tekan ni tekan tu. Tapi mungkin juga ada yang tidak jelas step-step yang betul dan perlukan double confirmation. Daripada dok tanya banyak kali so bagi ni aje trus. Dapat membantu sebagai ringkasan. Just copy link dan terus bagi pada client. Sekali untuk semua....
Link : https://goo.gl/3rYAoJ
Kenapa perlu PruBSN Touch?
Sejak ia dilancarkan, ia sangat membantu pemegang polisi untuk membuat sebarang semakan daripada segi details plan yang diambil sehinggalah kepada membuat bayaran secara online terus kepada pihak PruBSN Takaful. Dalam erti kata lain, pemegang polisi boleh semak sendiri apa status polisinya. Begitu juga dengan pembayaran, tak perlu lagi nak serah cash money kepada agent bagi mengelakkan sebarang permasalahan kelak. Bayar pagi, petang dah masuk sistem. Bayar petang, esok dah masuk sistem. Senang kan?
Langkah 1
Sila layari website >>>>> PruBSN TAKAFUL
Langkah 2
Rujuk toolbar di bahagian atas paling kanan dan tekan icon yang disediakan. Akan muncul sub-item seperti mana di bawah. Click pada PruBSN Touch...(Mungkin akan ada perbezaan features pada homepage kalau buka di laptop dengan di phone. Walau apa pun, kedudukannya tetap sama).
Langkah 3
Akan muncul pilihan sub-item seperti mana di bawah. Click pada mana-mana yang berkenaan yang ingin anda pilih. Log Masuk @ Daftar @ Bayar...
1) LOG MASUK : Bagi yang sudah mendaftar. Anda akan terus akan dibawa ke page seperti gambar di bawah ini. Sila log in username dan masukkan password anda. Seterusnya anda akan dapat membuat semakan terhadap maklumat perlindungan takaful anda secara terperinci, laporan dana pelaburan tahunan, muat turun penyata sumbangan dan juga pembayaran.
Nota : Sekiranya anda masih belum mendaftar maka anda dikehendaki untuk register terlebih dahulu (anda boleh kembali ke menu utama sebelum ini dan tekan DAFTAR).
2) DAFTAR : Bagi yang baru pertama kali nak mendaftar dan menggunakan PruBSN Touch. Anda akan terus dibawa ke page seperti di bawah ini untuk pendaftaran baru dan anda perlu memasukkan maklumat yang dikehendaki.
3) BAYAR : Bagi yang ingin membuat pembayaran terus sahaja. Di sini ia umpama shortcut yang terus bawa anda direct ke bahagian pendaftaran. Anda akan dibawa secara direct link dengan pilihan bank utama anda, dan setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima notification pengesahan penerimaan pembayaran.
Langkah 3
DAFTAR dan BAYAR adalah standard dan tidak rumit. Straight forward. Saya nak terangkan lebih lanjut berkenaan LOG MASUK.
Setelah anda Log In username, anda akan dibawa terus ke menu utama (Home) page seperti di bawah ini.
NEXT, Click pada Profile dan anda akan dapat membuat pilihan seterusnya.
NEXT, Click pada Certificate dan anda akan dapat membuat pilihan seterusnya.
Masih di bahagian Certificate dan di bawah sub-item Certificate Listing, akan tersenarai semua polisi yang mengandungi nama anda sama ada sebagai parent atau diri sendiri. Sekiranya ada memiliki 3 polisi di atas nama anda, maka akan tersenarailah 3 buah polisi untuk anda pilih.
Status polisi akan tertera di bahagian ini dan click pada mana-mana polisi
yang anda kehendaki. (Yang dah pernah lapsed dan terminate juga ada tersenarai)
Seterusnya, apabila anda telah memilih polisi yang dikehendaki,akan ada lagi sub-item lain
seperti di bawah ini. Cuma click sahaja dan segala maklumat akan anda perolehi. Kali ini ia lebih banyak dan lebih detail lagi...
Kembali semula ke Certificate,
anda boleh download penyata sumbangan anda dengan memilih Contribution Statement Download. Click pada pilihan Statement Year untuk pilihan tahun bayaran. Anda boleh memilih untuk download penyata sumbangan sebagai rujukan.
NEXT, Click pada Contribution dan anda akan dapat membuat pilihan seterusnya.
Sama ada untuk membuat pembayaran sumbangan ataupun melihat history sumbangan yang telah dibuat.
NEXT, Click pada Reports dan anda akan dapat membuat pilihan seterusnya.
So sekarang pemegang polisi dah ada access mudah untuk semak polisi masing-masing.
Semua di hujung jari anda. Paling penting, JANGAN LUPA PASSWORD ANDA.
Sekian sahaja perkongsian saya.
Semoga bermanfaat untuk semua...
Wassalam
No comments:
Post a Comment