Setiap bulan korang akan dapat gaji atau sumber pendapatan. Cucuk duit depan mesin ATM, senyum tengok gaji dah masuk ada empat lima angka.
So korang buat apa dengan gaji tu?
Ke mana duit-duit gaji tu dialamatkan?
Ke mana hala tuju duit korang?
EXPENSES
Sebahagian besar gaji korang akan habis untuk Expenses@komitmen bulanan. Setuju?
Contoh Expenses ni adalah kereta, petrol, tol, rumah, bil, belanja barang dapur & belanja sekolah anak.
Contoh Expenses ni adalah kereta, petrol, tol, rumah, bil, belanja barang dapur & belanja sekolah anak.
SAVINGS & EMERGENCY FUND
Sebahagian lagi adalah untuk Savings & Emergency Fund (ini pun kalau korang tak terrrrover spend gaji tu).
- Savings tu duit yang korang simpan. Duit lebihan setelah ditolak dengan perbelanjaan atau Expenses. Dengan tujuan untuk simpanan hari tua, kahwin ataupun travel.
- Emergency Fund ni pulak khusus untuk perkara kecemasan seperti kereta accident, kereta rosak, beg kena ragut, phone damage dan lain-lain.
So, kedua-dua perkara ini adalah berbeza. Masing-masing ada keperluannya sendiri. Jangan disatukan. Kebanyakan daripada kita akan selalu campurkan sekali dua-dua benda ni dan kesannya nanti apabila kita salah guna portionnya. Akan sampai satu masa ia boleh jadi zero.
Cuma korang tak cukup satu aje lagi...
INCOME REPLACEMENT (PELAN PENGGANTIAN GAJI)
Jadikan INCOME REPLACEMENT sebagai back-up plan. Yang penting kena secure dan protect sumber korang dulu. Barulah asas-asas yang lain mampu bergerak dan bertahan.
Sebab apa?
Sebab kesemua Expenses, Savings & Emergency Fund tu datang dari satu sumber yang sama iaitu pendapatan (Income/Gaji).
Takde gaji, tak boleh bayar Expenses.
Takde gaji, takdelah Savings.
Takde gaji, takdelah Emergency Fund.
Apa sebab takde gaji?
Bila datangnya RISIKO sakit, lumpuh atau meninggal dunia. Tak siapa tahu apa akan jadi esok hari. Waktu tu nanti, besar kemungkinan semua Expenses tak mampu bayar dan akan jadi hutang. Savings & Emergency Fund pulak kena korek habis untuk support ketiadaan gaji.
Kalau sekarang pun korang rasa macam stress nak gila bila gaji masuk lambat, bayangkan kalau memang gaji takde langsung...
Lebih memburukkan keadaan kalau ketika itu korang dah hilang kemampuan untuk berkerja dan terlantar sakit...
Mana nak cari sumber pendapatan lagi?
SHAHRIL RIZAL RAZALI
0134281217
#takafulawareness
#incomereplacement
#hibahtakaful
#warisan
No comments:
Post a Comment