Insan yang perlu memberi ‘perhatian’ lebih untuk HIBAH TAKAFUL tidak lain dan tidak bukan ialah pihak SUAMI / AYAH.
Seperti yang sedia maklum, kebiasaannya suami atau ayah adalah insan yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara ahli keluarga. Mereka ini juga dikenali sebagai pencari utama sumber pendapatan dalam sesebuah keluarga.
Tapi dalam kesibukan mencari rezeki untuk keluarga, adakah si ayah ini ada membuat perancangan atau persediaan untuk menghadapi situasi di mana jika si ayah ni ‘pergi’ tanpa persediaan penuh, bagaimana ahli-ahli keluarga yang tersayang yang ditinggalkan?
- Adakah mereka cukup bersedia menerima kehilangan anda?
- Adakah cukup makan minum mereka nanti?
- Adakah mereka yang perlu mewarisi hutang-hutang anda nanti?
- Bagaimana pula jika sebelum ini isteri anda tidak bekerja, namun terpaksa memikul tanggungjawab anda sebagai pencari rezeki kerana apa yang anda tinggalkan tidak mencukupi?
Jika ini yang anda risaukan atau titikberatkan, salah satu cara yang terbaik ialah dengan HIBAH TAKAFUL.
Hibah takaful mudah untuk diuruskan. 100% milik waris yang anda namakan dan tidak perlu melalui proses faraid serta mengambil masa yang cukup singkat untuk diuruskan. Ianya pemudah cara. Hanya komitmen yang cukup rendah dan mampu tapi aset tunai yang tinggi.
Dengan HIBAH TAKAFUL , insyaAllah sedikit sebanyak urusan ahli keluarga tersayang yang ditinggalkan tersebut dipermudahkan. Jika sebelum ini, dengan wang gaji dari suami digunakan untuk menyara isteri dan anak-anak, kini setelah kematian suami, ianya masih tetap dapat diteruskan melalui ‘gantian gaji’ dari hibah takaful tersebut.
- Bayangkan jika suami tiada apa-apa perancangan untuk isteri dan anak-anak?
- Bagaimana nasib mereka jika suami tiba-tiba ‘dijemput’ awal?
- Dengan hutang yang belum sempat dijelaskan, isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang masih bersekolah?
Bila suami ‘pergi’, pendapatan dari suami turut ‘pergi’. Apa yang tetap tinggal ialah tanggungan-tanggungan.
Wahai suami,
Fikirkanlah sesuatu untuk insan-insan yang kamu sayang.
Fikirkanlah nasib mereka kelak.
Permudahkanlah insan tersayang kamu dengan persediaan dari sekarang.
“Mungkin bukan untuk anda. Tapi dari ANDA untuk mereka yang anda SAYANG”
Sumber : www.doktortakaful.com
No comments:
Post a Comment