Wednesday, 3 May 2017

Cara Menghilangkan Sakit Kepala Dalam Masa 5 Minit Tanpa Mengambil Ubat


Assalamualaikum. Hari ni saya dapat info berkenaan macam mana nak hilangkan sakit kepala dalam masa minit tanpa ambik ubat...so saya nak share sikit dengan koraang semua. Semoga bermanfaat...

Saya seorang yang sering alami sakit kepala (migrain). Sekali dia datang sakit kepala tu, memang dah tak boleh buat apa. Tak boleh drive, tak boleh fikir, kepala rasa berat yang amat sangat. Sampai nak buka mata pun susah...

Untuk info, saya takde makan apa-apa ubat untuk hilangkan sakit kepala ni. Saya cuba elakkan selagi boleh. Sebab saya tak nak sampai satu tahap saya kena bergantung kepada ubat untuk hilangkan sakit...tak mahu addicted.

Akhirnya, ubat paling berkesan adalah TIDUR. Dapat tidur aje sakit kepala tu hilang.

Pernah sampai satu ketika sampai saya kena muntah dulu baru sakit kepala tu hilang. Dan berlanjutan sampai sekarang. Dan ketika saya menulis blog ini pun, saya baru sahaja selesai muntah jam 1230 tengah malam tadi...

Saya bukannya tukang urut. Tabib pun bukan. Cuma bila seorang sahabat saya Norzailis Kassim share benda ni di FB, saya terus cuba urutannya. Alhamdulillah. Ada kesannya. Saya selesa. Dan sebab itu saya share dengan korang benda yang baik ni.

So macam mana nak buat urutan ni? Jom baca apa yang saya sharekan daripada website www.nakbebel.com ni :

Apabila anda mengalami sakit kepala dan ubat yang anda perlukan tidak berada dalam tangan anda, situasi ini membuatkan anda sedikit kecewa. Tetapi, terdapat cara saintifik yang dapat meredakan sakit kepala yang dipanggil akutekanan (acupressure).

Kami akan berkongsi dengan anda tentang teknik ini yang dapat menghilangkan sakit kepala secara efektik dan cepat.

Akutekanan ialah satu jenis urutan, keberkesanannya disahkan oleh beberapa kajian saintifik. Akutekanan ini juga secara semula jadi, adalah satu bentuk akupuntur dan refleksoterapi, tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khusus.

Cara mengurut titik akutekanan

Pertama, anda perlu berada dalam posisi yang selesa dan dalam keadaan tenang. Urutan ini tidak mengambil masa yang lama: antara 30 saat hingga satu minit secara purata.

Urut satu titik dengan tekanan yang lembut atau dalam pergerakan membulat. Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang ketika urutan atau 5-10 minit selepas urutan.

Terdapat 6 titik utama untuk menghilangkan sakit kepala


Titik mata ketiga, atau Yintang, berada di antara kening yang mana laluan hidung melintasi dahi. Titik ini juga bertanggungjawab untuk menghilangkan mata letih.


Titik simetri ini terletak di kawasan dalam kening. Dengan mengurut bahagian ini, ia juga dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 1 minit dengan menekankan atau pergerakan secara membulat.


Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang selari dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi, dan melegakan tekanan.


Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah, antara telinga dan permulaan tulang belakang. Dengan mengurut titik ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk, dan migrain.


Titik Shuai Gu terletak 2-3cm daripada permulaan garisan rambut. Rasakan lekuk kecil di titik ini. Tekanan diletakkan di bahagian ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan mata yang letih.


Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Tekanan yang diberikan pada bahagian ini melegakan sakit belakang, sakit gigi, dan tekanan pada otot leher.

Selamat mencuba!

In shaa Allah...Kita berikhtiar. Allah jua yang menentukan.


No comments:

Post a Comment