Thursday 20 April 2017

SAYA PAKSA AYAH SIGN UP TAKAFUL



BETUL KE?

Yes. Betul. Saya paksa. Tapi sumbangan tetap setiap bulan KAMI ADIK BERADIK YANG SAMA-SAMA TOPUP. Ayah cuma sign aje dan terima perkhidmatan perubatan.

KENAPA?


Bila dah berusia macam-macam dugaan sakit yang akan datang. Jadi kami nak bersedia dari segi itu. Walaupun sekarang ayah sihat dan belum hidap apa-apa sakit yang serius. Esok lusa kami tak tahu apa yang akan terjadi. Yang paling penting sekali kami tak mahu meminjam daripada sesiapa kalau tiba-tiba kos perubatan ayah mencecah puluhan ribu ringgit.

UNTUK APA?


Untuk selamatkan wang simpanan pencen ayah, wang simpanan kami adik beradik. Tak kisah berapa pun sumbangan bulanan kami keluarkan untuk takaful ayah. Jumlah pun tak banyak jika dibahagi sesama adik beradik. Daripada terpaksa keluarkan SATU JUMLAH YANG BESAR jika terjadi apa-apa suatu hari nanti.

Jika nak dibanding dengan apa yang ayah dah laburkan berbelas tahun duitnya untuk membesarkan kami, memang tak dapat kami balas.

MATLAMAT 


Kami nak beri yang terbaik untuk ayah. Sebab? Ayah satu-satunya tempat bergantung yang masih ada setelah ketiadaan ibu.

>>> Kembali ke : Kami Nak Ayah Dapat Yang Terbaik


No comments:

Post a Comment