Friday, 28 April 2017

My Father Is A Cancer Fighter

Bismillahirrahmanirrahim

Maaf. Saya bukan penulis professional. Cuma sekadar nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua pengalaman saya sekeluarga. Melakar pengalaman bersama ayah kesayangan saya yang juga seorang penghidap kanser Usus Stage 4. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.


Pengenalan

Ayah saya seorang pesara guru. Sudah berusia 71 tahun. Menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun sudah berusia namun khidmat bakti serta semangat sebagai pendidik masih tetap diteruskan. Kini bertugas sebagai Pengurus a.k.a Guru Besar di salah sebuah Sekolah Rendah Agam (swasta) di Kajang, Selangor.

Bergelar duda setelah pemergian arwah ibu saya pada tahun 2013 akibat kencing manis dan kegagalan organ dalaman berfungsi. Meninggal dunia di Hospital Seremban pada subuh 10hb Februari 2013 sewaktu cuti Perayaan Tahun Baru Cina. Setelah pemergian arwah ibu, adik lelaki saya dan keluarganya terus menetap bersama ayah. Untuk menjaga dan memantau tahap kesihatan ayah.

Kami cuma tiga beradik. Saya anak lelaki sulung (38 tahun), kakak saya (40 tahun) dan adik lelaki saya (37 tahun). Saya menetap bersama keluarga di Keramat, Kuala Lumpur dan kakak saya bersama keluarga mertuanya di Kajang, Selangor.

Ayah saya seorang yang sentiasa menjaga pemakanannya. Pantang betul dengan air ais. Tahap kesihatannya sangat baik sebelum ini. Ayah tidak pernah sakit teruk, jauh sekali masuk ke hospital. Selama 69 tahun, tidak pernah mengadu sakit dan tiada sakit kronik lain. 

Sehinggalah pada Januari 2015, buat pertama kalinya ayah disahkan ada Hypertension. Tidak serius cuma perlu untuk makan sebiji ubat sahaja sekali sehari. 


NOVEMBER 2016

Bagaimana Segalanya Bermula

Pertengahan November 2016, ayah mengadu sakit di bahagian punggung. Secara spesifiknya di bahagian dubur. Simptomnya adalah susah nak buang air besar. Keperitan yang amat sangat. Sehingga kadang kala menggangu pergerakan seharian baik untuk berkerja mahupun juga solat. Berlanjutan selama 3 minggu. Doktor beritahu ayah saya ada buasir. Sebelum ni ayah tiada simptom tersebut.

Disebabkan kesakitan yang melampau, ayah ubah dietnya. Cuma makan bubur dan soft food sahaja. Bimbang jika makan solid food, akan buat terasa lebih sakit bila nak buang air besar nanti. 

Selama tempoh sakit itu, ayah sering ke Kajang Plaza Medical Center (KPMC), Kajang untuk dapatkan rawatan. Ayah selesa di sini sebab ia swasta tapi tak mahal macam di swasta lain. Mudah katanya sebab tak ramai orang dan lebih selesa berbanding dengan di Hospital Kajang.

"In shaa Allah pakcik. Lepas seminggu, buasir tu akan kecut back to normal" kata doktor.

Doktor beri ubat untuk kecutkan buasir. Betul. Lepas seminggu buasir tu kecut. Tapi ayah masih susah nak buang air besar. Pedih. Berlanjutan selama 3 minggu. Akhirnya sampai ke tahapbuang air besar berserta darah. Doktor request nak buat blood test. Selepas beberapa hari, doktor minta ayah saya ke hospital dan warded untuk tujuan Colonoscopy Procedure.

Apa prosedur tu?
Boleh rujuk sini >>> What Is Colonoscopy Procedure?

Dan berdasarkan kepada prosedur yang telah dibuat, akhirnya doktor memaklumkan bahawa ayah suspected ada Kanser UsusKami bagaikan tak percaya dengan apa yang doktor baru sebutkan. Ayah yang sebelumnya sihat, tapi kini ayah diuji dengan ujian yang berat

Kanser Usus? Seriously???

Kami sendiri pada awalnya memang tak tahu apa tentang kanser usus. Dan macam mana dia boleh menyerang ayah saya...Apa tanda-tanda awal kanser usus? Macam mana boleh kena pada ayah saya? Akhirnya setelah dikaji, barulah kami tahu.

Based on Medical Terms >>> What Is Colon Cancer?

Atau

Rujuk posting saya di sini >>> Kanser Usus @ Colon Cancer


Terasa ralat sedikit tapi sebagai umat Islam kita kena percaya kepada qada' dan qaddar Allah swt. Ini adalah ujian Allah buat ayah sebagai hambaNya. 

Bukan mudah pada mulanya nak accept berita ni. Kalau kami pun tak boleh nak accept, macam mana pulak dengan ayah? Kami kena tunjuk semangat pada ayah. Kami tak boleh down tapi harus bagi ayah semangat. Kami cuba tenangkan ayah dan cuba sedapkan hatinya dengan mengatakan semua ini mungkin cuma andaian. Belum final lagi.

Selama 3 hari ayah di situ. Kos rawatan pun dah cecah RM5,000. Pakai duit simpanan dahulu. Walaupun mahal, yang penting result dapat cepat dan faktor ayah saya yang sedang sakit. Kami dah tak boleh buang masa. Ayah perlu segera dirujuk kepada pakar untuk pengesahan tahap berapa dan rawatan selanjutnya. Doktor terus buatkan referral letter untuk kami rujuk kepada Doktor Pakar di HUKM.

HUKM salah sebuah hospital yang terbaik. Namun, manusia akan selesa dengan sesuatu yang sudah mejadi kebiasaannya. Ya, saya sebenarnya selesa dengan Gleneagles Hospital. Saya, isteri dan bapa mertua saya sudah beberapa kali dimasukkan ke sini dan kami semua berpuas hati dengan layanan daripada pihak hospital.

1 comment:

  1. Semoga terus tabah menjaga abah... Besar pahalanya

    ReplyDelete