Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Wednesday, 26 April 2017
Kanser Usus @ Colon Cancer
Ramai yang bertanyakan kepada saya - Ayah kau kanser apa Ril?
"Kanser Usus Tahap 4"
Punca @ Simptom Kanser Usus?
Buasir.
Buasir berserta buang air besar berdarah dialami pada awal bulan November 2016 yang akhirnya membawa kepada penemuan Kanser Usus Tahap 4 pada 1hb Disember 2016.
Macam mana sebenarnya Kanser Usus?
Rujuk gambar di atas untuk lebih detail. Kanser tu terjadi di dalam usus dan disebabkan peredaran masa, saiz ketumbuhan kanser tu akan menjadi lebih besar. Dan akhirnya akan mengakibatkan saluran usus akan menjadi sempit.
Alternatifnya, ketumbuhan kanser perlu dibuang. Saluran usus yang tinggal akan disambung kembali. Jangkaan tempoh masa untuk pulih adalah 4-6 bulan.
Kenapa perlu Stoma Bag @ Colostomy Bag?
Yes, penggunaan stoma bag adalah sangat penting ketika ini untuk menggantikan fungsi saluran usus sebenar. Konsepnya sama cuma pesakit tidak dapat mengawal pembuangan air besar. Bagi memastikan kebersihan dijaga, stoma bag perlu kerap digantikan bergantung kepada jenis yang digunakan. Ada yang One Piece dan Two Piece.
Cuma buat masa ini pembedahan untuk buang kanser tidak dapat diteruskan. Hanya berjaya ke peringkat stoma bag sahaja. Sel kanser sudah merebak ke hati dan tulang belakang. Jadinya, sel kanser yang telah merebak itu perlu dibunuh terlebih dahulu barulah kanser usus itu boleh dibuang. Chemo adalah jalan terbaik sepertimana yang disarankan oleh doktor di Institut Kanser Negara.
Sekian penjelasan ringkas berkenaan kanser usus yang ayah saya hadapi. In shaa Allah saya akan kongsi serba sedikit pengalaman saya dan apa maklumat saya tahu berkenaan perkara ini untuk perkongsian umum.
Mungkin sebagai guideline untuk yang 1st timer nak harungi pengalaman baru macam saya ni. Semoga ia bermanfaat untuk saya dan semua.
'Ingat Sihat Sebelum Sakit'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment