Friday, 28 April 2017

Kami Nak Ayah Dapat Yang Terbaik

DISEMBER 2015

Alhamdulillah di usia 69 tahun ayah saya masih sihat.

Ayah tiada sebarang sakit kronik dan tidak pernah masuk hospital. Walaupun begitu, kami percaya manusia akan berubah mengikut peredaran masa. Semakin meningkat usia kami, semakin tua jugalah ayah kami. 

Niat kami adik-beradik adalah untuk ayah tercinta dapat perkhidmatan hospital yang terbaik dan selesa.

Lalu saya bertindak sebagai anchor. Beri penerangan secukupnya kepada adik-beradik. Apa pro & cons bila ambik medical card untuk orang yang dah berumur. Akhirnya kami semua setuju untuk berkongsi top up sikit2 antara kami bertiga untuk bayar sumbangan ayah kepada PruBSN Takaful. Dan paling best, kami paksa ayah sign-up takaful. Hihi...sebab kuasa majoriti di tangan kami >>> Saya Paksa Ayah Sign-Up Takaful

Biarlah terpaksa keluar duit lebih sikit sekarang daripada kena keluar lebih banyak lagi untuk belanja perubatan yang kita semua tak tahu apa yang bakal menimpa esok hari.

Juga boleh dijadikan hibah takaful untuk institusi masjid, surau, pusat pengajian agama ataupun rumah anak yatim. Pahala untuk saham akhirat ayahanda.

Mahal? Memang bila dah berusia, sumbangan takaful akan lebih mahal. Tapi ikhtiar la kita sesama adik-beradik yang ada. Berkongsilah. Bukan untuk orang lain tapi ayahanda dan bonda kita jugak. Mereka dah banyak belanja membesarkan kita tanpa minta dibalas sikit pun. So sekarang inilah waktu kita berbakti pada mereka. Selagi mereka masih ada dan belum menutup mata...


Mindset saya senang aje. Bila kita ada Medical Card, kita ada kuasa memilih...Kita takkan terikat dengan hospital-hospital tertentu. Hospital swasta bebas untuk dipilih. Nak ke Hospital sana, pergi..Nak Hospital sini, pergi....

Kenapa saya cakap macam ni? Kat sini huraian saya >>> Kuasa Membuat Pilihan


Itulah feeling bila ada kuasa membuat pilihan...Alhamdulillah

Ikuti sambungannya di posting akan datang....

In Shaa Allah...


No comments:

Post a Comment