Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Pernah dengar kan? Ia juga boleh dikaitkan dengan perlindungan Takaful. Semoga ia bermanfaat.
KAYA SEBELUM MISKIN : sekarang anda berduit dan ada wang simpanan, tapi adakah anda nak gunakan simpanan tersebut yang telah lama anda simpan untuk tujuan kos perubatan @ pembedahan anda kelak? Atau nak gunakan full coverage daripada medical card Takaful?
LAPANG SEBELUM SEMPIT : sementara masih ada sedikit peruntukan daripada simpanan anda untuk ambil takaful, kenapa tidak bertindak sekarang? Nak berkira keluar sedikit duit sekarang atau keluar duit banyak di kemudian hari?
SIHAT SEBELUM SAKIT : Ambil Takaful ketika anda masih sihat. Takaful bukan macam panadol bila dah sakit baru nak ambil. Kalau anda dah sakit nanti, berapa banyak sekalipun contribution bulanan yang sanggup anda bayar (walaupun mahal), dah tak bermakna. Adakah kesihatan boleh dibeli?
MUDA SEBELUM TUA : Ambil Takaful di usia muda jauh lebih murah contributionnya. Kalau tunggu dah berumur nanti, dah jadi mahal. Coverage yang sama tapi bezanya mahal dan murah. Yang mana lebih menguntungkan anda?
HIDUP SEBELUM MATI : Bertindak sekarang selagi masih ada masa. Soal hidup atau mati kuasa Allah swt. Kita hanya mampu merancang. Pandang muka setiap ahli keluarga anda. Anda sayangkan mereka? Anda mahu mereka terus menjalani hidup yang selesa selepas ketiadaan anda? Atau mahu mereka terumbang ambing setelah kehilangan tonggak keluarga?
Saya cuma nak bantu anda. Saya sediakan jalan penyelesaian untuk meringankan kos kewangan anda kelak. Saya tak mampu nak hulur wang ringgit kalau anda sakit. Tapi saya mampu bantu anda untuk "sediakan payung sebelum hujan lebat turun melanda"
No comments:
Post a Comment