Thursday 20 April 2017

Income Replacement



Gaji Aliff : 3,000
Gaji isterinya : 3,000

Komitmen bersama setiap bulan : 4,700
Baki gaji bersama : 1,300 @ 650 each

Ditakdirkan semalam Aliff kemalangan dan lumpuh kekal keseluruhan.


Sudah tidak lagi berkerja. Pendapatan bahagian yang sepatutnya dikongsi bersama isteri sudah hilang. 

Ditambah pulak Aliff yang lumpuh perlu penjagaan rapi 24 jam di rumah. Tak boleh ditinggalkan. Isterinya terpaksa berhenti kerja. Hilang terus pendapatan sekeluarga.

Gaji 6,000 stop

Tapi komitmen 4,700 stop atau terus kena bayar?
Panik ke tidak?


Jangan kata saya buat cerita.

Ada kes yang pernah terjadi. Banyak keluar suratkhabar.

Tapi kita cuma rasa simpati tanpa ambil apa-apa tindakan.

Sebabnya tak jadi lagi pada diri sendiri.

Kalau rasa tak panik, sila abaikan. Teruskan kehidupan.


Kalau ada rasa panik, sila tanya saya apa yang perlu dibuat. In shaa Allah saya bantu beri solution untuk income replacement.


No comments:

Post a Comment