Sekiranya HARI INI kamu memiliki kenderaan sebanyak 1, 2 atau 3 ataupun lebih, ESOK setelah ketiadaan kamu kesemuanya akan jadi harta pusaka.
Apa yang WARIS kamu BAKAL HADAPI untuk hal-hal berkaitan kenderaan setelah ketiadaan kamu?

Adakah benar-benar kereta itu milik arwah? Ataupun milik syarikat tempat arwah berkerja? Ataupun milik sahabat karibnya?
Sekiranya bukan milik arwah, ia harus dikembalikan kepada pemilik asal. Walaupun sebelum ini ada perjanjian sambung bayar or what so ever dengan si polan bin si polan, jika tiada 'black & white' maka pemilikan tidak sah.

Adakah cantik ataupun ada tunggakan? Adakah masih ada baki hutang dengan bank? Berapa lama tempoh baki bayaran? Berapa bayaran bulanan? Kenapa waris perlu tahu?
Kerana pembayaran perlu diteruskan kepada bank oleh waris. Jika tidak, kereta akan ditarik disebabkan kegagalan membayar.

Adakah waris ada memiliki lesen kenderaan?
Adakah anak-anak waris sudah cukup umur untuk memiliki lesen memandu?
No point ada kenderaan banyak dan mewah tetapi waris tidak boleh memandu.

Dah takde option? Nak pakai cash? Nak jual? Nak tukar nama?
Sekiranya berhajat nak jual atau pindah milik kepada penama baru, setelah ketiadaan pemilik asal maka kenderaan tersebut perlu diisytiharkan sebagai Harta Alih. Proses turun naik mahkamah kerana sudah menjadi harta pusaka dan tertakluk kepada proses pembahagian faraid. Boleh memakan masa 6 bulan hingga bertahun-tahun. Juga melibatkan kos.

Banyak sgt prosesnya? Nak teruskan aje guna on the road tanpa tukar nama?
Jabatan Pendaftaran Negara ada link dengan semua jabatan dan kementerian. Once dah diisytiharkan meninggal dunia, semua jabatan dapat detect. JPJ hanya membenarkan sehingga tiga (3) tahun sahaja untuk renew roadtax guna nama arwah. Selepas itu dah tak boleh. Kena tukar nama kepada waris. Bermakna kena lalui juga proses turun naik mahkamah sama macam di atas.
SOLUTION : Ambil tindakan alternatif
Sediakan #WARISAN iaitu dana kecemasan untuk waris :
- Selesai kos berbangkit untuk pemilikan
- Selesai kos pembayaran bulanan
- Selesai kos tunggakan dan hutang
- Selesai kos proses faraid dan yg berkaitan
Jangan biarkan waris kamu yang tanggung semua ini sendirian. Waris kamu adalah tanggungjawab kamu. Jadilah suami yang disanjung tinggi oleh isteri. Buktikan kasih sayang kamu sehingga ke akhir hayat. Berbaktilah walaupun kamu sudah tiada lagi...
No comments:
Post a Comment