Salam...Hari ni saya nak sharekan total bill rawatan chemotherapy yang ayah saya sedang jalani di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Untuk manfaat bersama.
02/03/2017 : 1st cycle chemo RM3,927.20
02/03/2017 : 1st cycle chemo RM3,927.20
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
16/03/2017 : 2nd cycle chemo RM4,591.75
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
30/03/2017 : 3rd cycle chemo RM4,515.10
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
17/04/2017 : Blood Transfusion RM1,267.90
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
19/04/2017 : 4th cycle chemo RM3,953.60
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
(Jumlah kena bayar : RM35.00)
Kat sini sahaja sepanjang dua bulan, jumlah keseluruhan adalah RM18,395.55. Tetapi kami cuma perlu bayar RM175.00 sahaja. Semua jumlah yang besar-besar setakat ni ditanggung PruBSN. Alhamdulillah.
Bilangan sesi chemotherapy yang telah dijadualkan untuk ayah saya jalani pula adalah sebanyak 12 cycle chemo. So kini berbaki 8 cycle lagi. Kiralah jumlah kos yang bakal dikenakan....Kalau anggaran setiap cycle chemo cecah RM4k, bermakna kena ada RM32k lagi untuk sudahkan kesemua cycle...Bayangkan kalau takde back-up plan. Takkan nak keluarkan savings. Ye tak?
Proses admission untuk daycare chemo juga mudah. Submit Pre-GL beberapa hari sebelum tarikh next appointment, dan seterusnya dapat terus (INITIAL PRE-AUTHORIZATION LETTER) approval. Dah boleh proceed.
Bercakap mengenai PILIHAN
Berikut adalah antara pilihan yang telah saya dan keluarga buat demi kebaikan kami semua bersama. Dan saya nak anda fahamkan dan bayangkan jika anda berada di tempat saya :
PILIHAN 1
A) Rumah ayah di Nilai, Negeri Sembilan. Jauh lebih dekat ke Institut Kanser Negara, Putrajaya.
B) Saya pula tinggal dan berkerja di Kuala Lumpur.
Kalau anda jadi saya, sebagai seorang anak, anda nak jaga ayah yang sakit di Nilai atau bawa ayah dan jaga di Kuala Lumpur?
-------------------------------------------
PILIHAN 2
A) Ayah pesara kerajaan. Rawatan percuma di Institut Kanser Negara (IKN).
B) Ayah juga ada medical card. Kos rawatan ditanggung PruBSN.
Kalau anda jadi saya, mana satu anda nak guna dulu?
---------------------------------------------
PILIHAN 3
A) Jarak antara rumah ke Institut Kanser Negara (IKN) adalah 28km.
B) Jarak antara rumah ke Gleneagles Hospital pula adalah 1.5km.
Kalau anda jadi saya, anda pilih yang jauh atau yang dekat?
----------------------------------------------
PILIHAN 4
A) Kos di IKN percuma tapi kos lain keluar untuk minyak, tol, makan dll.
B) Kos di Gleneagles besar tapi ada medical card yang boleh cover. Kos lain sangat minima.
Kalau anda jadi saya, mana satu pilihan anda?
----------------------------------------------
Dan akhirnya kami pilih dan tukar ke Gleneagles untuk rawatan chemo seterusnya.
Kenapa kami bertukar?
Bukan sebab IKN tak bagus ye. Sebabnya kami nak kuasa memilih dan membuat pilihan terbaik atas faktor ayah yang uzur, masa, tenaga, tuntutan kerja saya, lokasi dan treatment.
Apa sahaja untuk ayah saya....
Kepada anda yang ada medical card. Jaga baik-baik untuk masa hadapan anda. Bukan cuma sakit sekarang tapi fikirkan sakit di masa akan datang.
Yang belum memiliki medical card, apply satu walaupun dengan mana-mana company sekalipun. Asalkan anda ada.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman yang saya kini lalui.
Terpulang pada anda buat keputusan.
Sekian. Wassalam
No comments:
Post a Comment