Wednesday, 26 April 2017

Adakah Benar Kita Rugi Bayar Takaful?



Hari ni saya nak share sikit berkenaan persoalan, adakah benar kita rugi bayar takaful?

Pernah dengar kan?

Sebelum saya bergelar agent pun saya sendiri pernah dengar kenyataan macam ni.

Okay. Saya share sikit CERITA BENAR yang saya sedang lalui dan anda boleh nilaikan sendiri.

Ayah saya adalah client saya, dan sayalah Agentnya. Beliau sudah memiliki Medical Card PruBSN Takaful sejak Disember 2015. Dengan contribution sebanyak RM890. Ya, mahal sedikit sebab dah berumur. Mungkin ramai yang akan kata saya rugi sebab contributionnya sangat tinggi. Boleh rujuk posting saya yang terdahulu >>> Saya Paksa Ayah Sign-Up Takaful

Sehingga ke hari ini ayah saya dah keluarkan sumbangan sebanyak RM890 X 17 bulan. Iaitu bersamaan dengan RM15,130.00

Soalan saya. RUGI tak????

Mungkin ada yang kata rugi sebab tak nampak lagi...

Tetapi setelah ayah saya disahkan menghidap Kanser Usus Stage 4 pada November 2016, kami memilih untuk menggunakan Medical Card di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Kesemua kos rawatan yang ditanggung oleh pihak PruBSN Takaful pula adalah seperti berikut :

2015 : Kos pembedahan di Gleneagles Hospital RM13,242.23

2016 : Kos chemotheraphy 4 cycle di Gleneagles Hospital berjumlah RM18,395.55. Boleh rujuk pecahan bil rawatan keseluruhan chemo di sini >>> Total Bill for 4 Cycle of Chemotherapy               

Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM31,637.78...

Nilaikan sendiri. Untuk tempoh 17 bulan sehingga hari ini :

Jumlah wang yang ayah saya sumbangkan untuk 17 bulan = RM15,130.00
Jumlah wang yang ditanggung PruBSN Takaful untuk 17 bulan = RM31,637.78

Soalan saya. Kat mana RUGI????

Satu lagi. Cycle chemo yang perlu ayah saya jalani adalah 12 cycle. Kini berbaki 8 cycle lagi. Kalau calculate in advance untuk kos 8 cycle X RM4,000 (anggaran) maka jumlahnya sekitar RM32,000 lagi yang bakal ditanggung oleh pihak PruBSN Takaful untuk ayah saya.

Soalan saya sekali lagi. Kat mana RUGI????

Rugi mungkin di mata anda. Tapi bagi saya, manfaat yang ayah dah terima adalah jauh lebih menguntungkan. Walaupun beliau seorang pesara kerajaan namun tetap bersyukur kerana adanya back-up plan untuk selamatkan wang pencen dan simpanannya daripada lebur...

Bagi anda yang dah memiliki Medical Card, disiplinkan diri anda. Buat bayaran setiap bulan dan jangan LAPSED. Sebab kita tak tahu bila kita akan dilanda RISIKO.

Hari ini kita mungkin sihat. Tapi kita kena ikhtiar untuk sakit yang bakal menjengah di usia emas nanti...


No comments:

Post a Comment