Friday, 28 April 2017

1st Appointment di Gleneagles Hospital


DISEMBER 2016

Pengesahan Daripada Doktor Pakar

"Selama 70 tahun ni, abah tak pernah sakit teruk. Allah beri kenikmatan sihat tubuh badan. Abah bersyukur. Sekarang ni abah redha dengan semua ujian yang Allah beri di saat abah dah dihujung usia"

Itulah luahan ayah sewaktu 1st appointment dengan doktor di Gleneagles Hospital.

Ayah saya sangat tenang bila dikhabarkan menghidap Kanser Usus Stage 4. Hebat ayah saya ni. Mungkin ayah dah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Sedangkan kami adik beradik tergamam, sebak. 'Speechless'. Terasa kosong sekejap fikiran ni.

Ya. Stage 4. CONFIRMED. Dan perlu dilakukan operation dengan segera memandangkan tumor kanser itu dah block saluran usus.

"Pakcik, saya sarankan pakcik buat rawatan dan pembedahan di hospital kerajaan yang mana kosnya jauh lebih murah berbanding di sini. Tapi kalau pakcik nak teruskan, kosnya dalam lingkungan RM50,000 ke RM60,000. Saya risau pakcik terbeban dengan kos mahal"...kata doktor.

Pada pendapat saya, doktor ni bagus dan ada sense of humanity. Peka dengan condition isi poket pesakit. Dan doktor juga dah bagi pilihan untuk kami. Terbaikkk!

Doktor telah sarankan untuk ke Hospital Selayang atau Hospital HUKM ataupun Institut kanser Negara (IKN) Putrajaya untuk jalani pembedahan. Semua ada pakar yang bagus-bagus.

Ayah terdiam sekejap. Sebab ayah tak pasti mana satu pilihannya yang terbaik.

Ahli Keluarga Kena Duduk Berbincang

Sebelum ni saya pernah cuba dapatkan feedback berkenaan kanser ini terlebih dahulu based on experience kawan-kawan kami. Juga maklumat di internet. Kami cari terlebih dahulu apa chances yang ada dan pilihan akan dibuat berdasarkan pada keadaan. Terlalu banyak faktor kena ambik kira sebelum buat keputusan.

Antara faktor yang mempengaruhi adalah :

- Siapa nak jaga? Saya atau Kakak atau Adik?
- Komitmen dengan keluarga saya macam mana?
- Komitmen kerja saya pula macam mana?
- Macam mana nanti keadaan di hospital sana?
- Hospital swasta terdekat dah ada. Cuma belum tahu kosnya...Dan kalau pergi pun untuk investigation memang kena bayar dulu dan claim kemudian.

Macam-macam soalan yang keluar. Masa tetap berjalan. Ayah sedang sakit. Seolah-olah kami sedang berlari seiring dengan masa. Di saat macam ni, kami perlu ambil langkah yang terbaik. Untuk memudahkan semua pihak.

Memandangkan adik saya kini sudah tidak lagi tinggal dengan ayah dan telah berpindah kerja di Ipoh, Perak sudah tentu sukar bagi dia untuk berulang alik, terpaksa ambil cuti dan tinggalkan keluarganya di sana.

Kakak saya pula di Kajang, dan baru sahaja menimang cahaya mata. Lagi banyak komitmen. Dan dia pula perempuan...

Dan saya pula berkerja sendiri sebagai agent perunding takaful dan tinggal di Kuala Lumpur dengan jarak rumah ke Gleneagles Hospital cuma 1.5km sahaja.

Saya mahu keputusan yang di buat nanti, ayah senang dan semua pihak juga senang. Tidak merumitkan keadaan dan memeningkan kepala.

Masa Untuk Buat Decision

Setelah berfikir panjang, maka saya buat keputusan yang mana tanggungjawab ini akan saya galas. Saya akan bawa ayah tinggal bersama dengan saya. Kami setuju untuk proceed terus pembedahan di Gleneagles Hospital dengan menggunakan coverage benefit medical card milik ayah saya. Kesemua kos rawatan dan pembedahan adalah dalam range limit yang layak untuk digunakan.

Kami tak jadi pilih hospital-hospital yang doktor telah sarankan sebelum ini. Sebabnya jarak lokasi yang agak jauh dari rumah, perlu harungi kesesakan jalanraya dan sebagainya. Saya tak nak abiskan masa atas jalanraya. Bagi saya, ayah perlukan saya saat ini. Dan 'MASA' itu amat penting bagi kami berdua.

Setelah mendengar keputusan daripada kami, doktor terus booking bilik bedah dan setkan tarikh pembedahan. Segala borang-borang berkaitan telah diisi dan diserahkan kepada PruBSN Takaful untuk permohonan GL. Alhamdulillah. Lulus...

Ayah ada Medical Card?

Ya. Ayah saya ada Medical Card PruBSN Takaful !!!

Setahun yang lalu ayah saya dah sign-up...Dan sayalah Agentnya...
Rujuk >>> Kami Nak Ayah Dapat Yang Terbaik

Secara jujurnya pada waktu ini, terasa sangat bertuah memiliki medical card. Satu perancangan sebagai back-up plan untuk ayah survive sepanjang tempoh retirement. Saya tak mahu ayah habiskan pencen dan simpanan untuk perubatan.

Saya alami dua perasaan yang berbeza iaitu :

Yang Pertama : Saya selaku anak bersyukur sedikit sebanyak dapat bantu ayah dari segi kewangan. Keputusan yang kami buat setahun yang lepas adalah tepat. Syukur Alhamdulillah. Bayangkan mana nak cari duit sebanyak itu dalam keadaan emergency macam ni? Berbaloi rasanya pelaburan yang dibuat.

Yang Kedua : Saya sebagai seorang agent Takaful dapat merasakan bahawa client saya mendapat kelegaan yang amat besar nilainya. Saya turut berbangga dapat mewakili agensi saya dan syarikat PruBSN Takaful Berhad tempat saya bernaung memegang amanah menyebarkan kesedaran Takaful kepada orang ramai.

In shaa Allah dari masa ke semasa saya akan update situasi ayah saya, bagaimana saya dan ayah handle segala macam cabaran baru dan bagaimana kami lalui setiap detik perubahan itu dari segi mental serta emosi.

>>> Kembali ke : My Father Is A Cancer Fighter


No comments:

Post a Comment