Ulasan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid :
“Memang kerajaan pusat dalam Bajet 2013 ada memperuntukkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok. Tapi dengan adanya insurans persendirian, kebajikan anggota dan keluarga mereka dari segi mendapat rawatan perubatan dan sebagainya lebih terjamin,”
Tak salah memiliki lebih daripada satu perlindungan insurans dan takaful. Asalkan anda tahu apa jenis perlindungan yang anda ambil dan sebanyak mana anda dilindungi.
Berita Penuh :-
GEORGETOWN - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran memiliki skim perlindungan insurans peribadi sebagai persediaan awal bagi berdepan dengan kejadian tidak diingini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, dengan adanya insurans persendirian itu, masa depan anggota yang terlibat dalam kemalangan sama ada di luar atau semasa waktu bertugas akan lebih terjamin.
“Memang kerajaan pusat dalam Bajet 2013 ada memperuntukkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok. Tapi dengan adanya insurans persendirian, kebajikan anggota dan keluarga mereka dari segi mendapat rawatan perubatan dan sebagainya lebih terjamin,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat seorang anggotanya yang terlibat dalam kemalangan ketika sedang bertugas di Penang Adventist Hospital, di sini, semalam.
Anggota berkenaan, Lans Koperal Abu Talib Shariff, 23, parah akibat dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara Sungai Dua Butterworth, dekat sini pada Isnin lepas.
Sewaktu kejadian, Abu Talib sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.
Susulan insiden itu keseluruhan struktur tulang muka dan bahu kiri anggota berkenaan patah selain tulang rusuk di bahagian belakangnya retak.
Salleh berkata, insiden itu berlaku di luar kawalan dan PDRM menetapkan standard prosedur operasi (SOP) sebagai garis panduan yang jelas kepada setiap anggotanya ketika keluar bertugas.
Beliau turut menggesa semua pengguna jalan raya agar peka dengan keadaan persekitaran sewaktu memandu terutamanya ketika terdapat sekatan jalan atau seumpamanya bagi mengelak kejadian itu berulang. - Bernama
No comments:
Post a Comment