Sememangnya semua orang tak nak dirinya sakit atau terlibat dalam apa jua kemalangan. Tetapi sekiranya ia berlaku, sudahkah kita bersedia dari segi protection dan income untuk keluarga? Ini kerana, kadangkala musibah juga boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Sejauh mana kita berhati-hati, kalau ia akan berlaku pasti tetap akan berlaku.
Sepertimana kisah benar yang berlaku sepertiman yang saya kongsikan di bawah. Bagaimana takaful boleh membantu anda menghadapi situasi sukar seperti ini?
# Kebebasan Direntap Sekelip Mata - Sinar Harian 31hb Mac 2015
Sinarharian.com.my
Anak Che Norliah membantu dalam urusan seharian termasuk makan minum.
PADANG SERAI - Tubuh yang dahulu gagah mencari rezeki membantu meringankan beban suami kini terbaring lesu di atas katil.
Peristiwa lima bulan lalu menjadi mimpi ngeri bagi Che Norliah Khalid, 59, apabila nikmat untuk bebas bergerak diragut dalam kemalangan yang berlaku berdekatan rumahnya di Taman Seri Melur, di sini.
Menurutnya, kemalangan berlaku ketika dia ingin melintas jalan menuju ke rumahnya.
"Saya yang berada di tepi jalan untuk melintas akhirnya dirempuh sebuah motosikal dan terpelanting ke tengah jalan begitu juga penunggang tersebut,” katanya.
Che Norliah dulu bekerja di sebuah klinik swasta sebagai tukang cuci sedikit sebanyak dapat meringankan beban suaminya, Ahmad Zubir Hassan, 68, yang bekerja sebagai pembantu di pasar borong.
“Kini saya tak mampu untuk melakukan apa-apa kerja, mahu duduk pun perlu dibantu kerana saya tak boleh nak bangun akibat mengalami masalah tulang belakang,” katanya.
Tambahnya, dia juga perlu memakai lampin pakai buang dan berulang alik ke Alor Setar untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Keluarga saya memang tak mampu dengan pendapatan suami hanya berapa ringgit sehari ditambah kos rawatan dan perjalanan yang mencecah ratusan ringgit menggusarkan saya,” katanya.
Manakala, Ahmad Zubir berkata, masalah kesihatan yang dialaminya juga tidak mampu untuk mengangkat isterinya untuk mandi dan membuang air besar.
“Saya seorang memang tak berdaya untuk mengangkatnya ke bilik air, sehingga anak saya terpaksa berhenti kerja dan membantu saya menjaga ibunya,” katanya.
Ahmad Zubir juga meminta ihsan orang ramai menghulurkan sumbangan terutama untuk membeli katil khas serta kerusi roda untuk kemudahan isterinya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 15, Mohd Samsul Anuar akan membantu Che Norliah mendapatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya akan dapatkan segera bantuan JKM dan hari ini saya juga menyumbangkan alat bantuan berjalan kepadanya serta sedikit barangan keperluan harian,” katanya.
Harapan saya agar ramai masyarakat di luar sana sedar akan kepentingan perlindungan takaful yang boleh membantu kita di saat-saat getir seperti ini. Doa saya agar Puan Che Norliah Khalid segera sembuh...Amin...
Soalan saya kepada anda :
Mengapa perlu perlindungan takaful?
Apa yang takaful mampu berikan kepada anda?
Apa yang akan anda hilang sekiranya tidak mengambil perlindungan takaful sekarang?
Semoga kini semua dilindungi oleh Allah swt. Berhati-hati selalu dalam setiap gerak langkah kita seharian.
Hubungi saya untuk penjelasan lanjut berkaitan perlindungan takaful 0134281217
No comments:
Post a Comment