Saturday, 7 February 2015

#1 - Bermulanya Perubahan Dalam Hidup



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt atas kurniaan rezeki. Walaupun apa yang saya sedang usahakan ini baru sahaja bermula, namun hasilnya untuk masa hadapan adalah sangat-sangat berbaloi. Yang paling penting usaha kena berterusan dan disiplin diri kena tinggi.

Apa perubahan yang saya dh buat? Saya kini dah menjadi Takaful Advisor yang berdaftar di bawah Muqmeen Group untuk PruBSN Takaful.  

KEPAKARAN saya adalah MEMBANTU orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan TAKAFUL dengan lengkap, jelas dan telus. MASALAHNYA ramai di luar sana yang tidak faham kenapa perlunya polisi takaful ini. Jikalau mereka sudah mempunyai polisi sekalipun, mereka TIDAK FAHAM apa yang mereka ambil. Dan rata-rata antara mereka ini tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat CLAIM. Jadi tugas saya adalah untuk membantu mereka ini dan juga ANDA!

Terima kasih yang tak terhingga buat Agency Manager@my introducer, Encik Aziz Riadi (12 tahun pengalaman dalam industri) yang telah memberi keyakinan untuk saya bertapak dan bergerak sebagai ejen takaful. Juga atas semua ilmu-ilmu yang telah beliau kongsikan.

Semoga apa yang saya usahakan ini akan berjaya dan berhasil sedikit masa lagi. Di samping matlamat untuk berjaya menjalankan bisnes, saya percaya niat murni saya ini juga dapat membantu orang ramai mendapatkan perkhidmatan takaful yang terbaik demi masa hadapan keluarga yang tersayang.


Hubungi saya sekarang untuk sebarang perkongsian berkaitan perlindungan takaful, medical card dan free quotation. 013-4281217


No comments:

Post a Comment