Thursday, 12 February 2015

#6 - BANK vs TAKAFUL

Assalamualaikum...setelah beberapa entri pasal perkongsian kepentingan takaful saya buat, hari ni saya nak update berkenaan apa bezanya dari segi kelebihan dan manfaat menyimpan di bank dan juga Takaful.

Jangan salah faham. Saya tidak kondem pihak bank ye. Dan saya tidak sebut mana-mana nama bank yang terlibat. Menyimpan di bank memang bagus. Saya di sini cuma nak tunjuk apa kelebihan menyimpan di Takaful. Peace  :)

Saya mengandaikan anda semua masih belum mempunyai takaful. Kita bermula sikit-sikit dahulu barulah saya terangkan secara terperinci. Jadi secara ringkasnya, tanya diri sendiri, berapakah simpanan anda setiap bulan?


RM200?

RM500?

RM800?

Di mana anda simpan?

Bank?


Lain-lain bentuk simpanan?

Katakanlah simpanan anda RM500 dan saya ambil cuma RM200 sahaja daripadanya. Perhatikan gambar di bawah :-


Rasa-rasa berbaloi tak? SAYA CUMA AMBIL RM200 SAHAJA DARIPADA SIMPANAN ASAL ANDA. Selebihnya (RM500 - RM200 = RM300) itu anda simpanlah di bank sepertimana kebiasaan. Berlaku adil tak saya? :)

Sekiranya anda dah faham ringkasan kelebihan menyimpan di Takaful di atas, saya pecahkan lagi kelebihan tersebut dan saya kaitkan dengan senario seperti ini :-

Menyimpan di Bank
* A
* 25 tahun (ini umur A sewaktu mula-mula menyimpan di Bank)
* RM200 sebulan

Menyimpan di Takaful
* A
* 25 tahun (ini umur A sewaktu mula-mula menyimpan di Takaful)
* RM200 sebulan
*Medical Card



Setelah 10 tahun, A mendapat serangan serangan jantung dan perlu menjalani pembedahan. Sudah pasti jumlahnya bukan sedikit. Anda boleh rujuk kepada link berkaitan untuk kos perubatan dan pembedahan (Kementerian Kesihatan dan lain-lain badan kesihatan).

Jika bergantung harap kepada simpanannya di bank, ia tidak mencukupi. A perlu keluarkan kesemua simpanannya selama sepuluh tahun. Sekiranya tidak mencukupi, A terpaksa mencari alternatif lain seperti guna kad kredit dan pinjaman. Kedua-duanya perlu dibayar semula. Dalam erti kata lain, HUTANG.

Sedangkan sekiranya A menyimpan di Takaful, segala kos perubatan dan pembedahan ditanggung oleh pihak PruBSN (sekiranya tidak melebihi kos medical tahunan yang telah ditetapkan mengikut pelan Takaful yang diambil). Sekurang-kurang ini dapat membantu A menyelesaikan masalah berkaitan kos perubatan tersebut.  Malah sekiranya bernasib baik dan jumlah perlindungan Takaful yang diambil mampu untuk cover pembedahan tersebut, wangnya yang disimpan di bank tidak akan diusik dan selamat. A tak perlu pening kepala lagi untuk meminjam wang.

A tidak perlu bimbang kerana dia juga dilindungi di bawah pampasan sakit kritikal. Serangan jantung adalah salah satu daripada 36 sakit kritikal. A berhak dapat pampasan. Selain itu, wang simpanan / premium bulanannya juga akan diteruskan pembayaran oleh pihak PruBSN sehingga tamat polisi.

Tidakkah ini satu keistimewaan yang patut anda ambil? :)

Sekarang ini sekiranya anda mampu dari segi kewangan, anda boleh pilih pelan Medical Card Health Enrich Advanced dan Health Enriched Premier yang lebih istimewa...tepuk dada tanya la hati.

Sampai sini dahulu...saya akan sambung pada entri yang lain selepas ini. jangan lupa hubungi saya untuk perkongsian perlindungan Takaful
013-4281217

No comments:

Post a Comment