Tuesday, 10 February 2015

#2 - Kenapa Anda Memerlukan Takaful?

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi...

Baiklah. Pada entri saya yang pertama ini, saya nak kongsikan apa kepetingan Takaful ni sebenarnya. Saya takkan sentuh lagi bab pelbagai produk PruBSN Takaful terlebih dahulu. Itu kemudian2 nanti. Saya nak kongsikan kenapa perlunya ada takaful dan apa fungsinya. Sebab? Sama jugak situasinya sewaktu kita nak beli kereta...kena tengok spesifikasi dulu dalam brochure, berbaloi ke tidak kalau membeli, adakan perbincangan ringkas, mintak pendapat salesman, anak ramai sesuai ke pakai sedan, atau beralih ke MPV, apa fungsi yang ada...then barulah kita bukak pintu kereta dan tengok puas-puas atas bawah kiri kanan...:)

So mari kita tengok kepada PENJELASAN KENAPA ANDA MEMERLUKAN TAKAFUL yang saya share daripada MY KEWANGAN. Jom kita fahamkan betul2 :-




Takaful Keluarga sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi kepada individu yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.Malangnya, ramai yang tidak sedar kepentingan takaful ini kerana ia adalah satu servis yang hanya akan ternampak kebaikannya setelah sesuatu yang buruk berlaku kepada individu terbabit dan sudah tentu, kita tidak inginkannya terjadi kepada diri kita.

Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai memahami kenapa takaful penting, kami bawakan beberapa situasi bagi menjelaskan kenapa takaful begitu penting dan sepatutnya menjadi keperluan setiap individu.
.
1 - KELUARGA

Ahmad Ridha merupakan seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang masing-masing berumur 5 dan 2 tahun. Satu hari, ketika Ahmad Ridha dalam perjalanan ke tempat kerja, keretanya dilanggar bas dan malang buat Ahmad Ridha, dia maut di tempat kejadian.

Jika Ahmad Ridha sudah mengambil takaful: Isteri dan anak-anaknya akan menerima duit pampasan dari syarikat takaful Ahmad Ridha dan lalu boleh meneruskan hidup menggunakan duit tersebut sementara isterinya mencari kerja lain.
Jika Ahmad Ridha belum mengambil takaful: Isteri Ahmad Ridha terpaksa bergantung hidup kepada saudara mara terdekat dan juga terpaksa mencari sumber pendapatan bagi menampung jumlah perbelanjaan keluarga dengan segera.
.
2 - PINJAMAN / LOAN

Rizal merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Malaysia. Dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta pertamanya. Satu hari, ajal menjemput Rizal. Rizal pergi dalam keadaan hutangnya masih belum dibayar walaupun sesen pun. (P/S : situasi ini juga boleh diaplikasikan pada pinjaman-pinjaman lain)

Jika Rizal sudah mengambil takaful: Ibu bapa Rizal boleh melangsaikan hutang Rizal menggunakan duit pampasan yang diterima dari syarikat takaful. Mungkin juga hutang Rizal boleh diselesaikan secara sekali bayar menggunakan duit pampasan tersebut. Atau paling kurang pun boleh menampung separuh/suku dari hutang Rizal.
Jika Rizal belum mengambil takaful: Ibu bapa Rizal perlu berhempas pulas mengorek wang simpanan mereka untuk membayar hutang Rizal. Ibu bapa mana yang mahu anak mereka pergi dalam keadaan berhutang?
.
3 - TERDESAK KETIKA MEMERLUKAN

Anwar seorang yang berpendapatan sederhana. Beberapa hari lepas, dia disahkan oleh doktor menghidap barah dan doktor berkata pembedahan perlu dibuat dengan segera untuk membuang barah tersebut.

Jika Anwar sudah mengambil takaful: Anwar tidak perlu risau dengan kos perubatan kerana ia akan dibayar oleh syarikat takafulnya (paling kurang separuh).
Jika Anwar belum mengambil takaful: Anwar akan termenung memikirkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung olehnnya. Dia juga ada memikirkan untuk meminta derma dari orang ramai untuk menanggung kos pembedahan itu.
.
4 - KETENANGAN

Hanif merupakan seorang pekerja kerajaan. Dia mempunyai seorang anak. Satu hari Hanif kemalangan teruk dan kini dia di hospital kerana kecederaan dalaman yang teruk dan doktor mengatakan dia hanya mempunyai beberapa hari untuk hidup.

Jika Hanif sudah mengambil takaful: Hanif sudah tidak perlu memikirkan soal duit anaknya, sekurang-kurangnya buat masa terdekat kerana syarikat takaful akan memberikan pampasan. Hanif boleh 'pergi' dengan lebih tenang dan kebimbangan tentang makan, minum dan pembelajaran anaknya boleh dikurangkan.
Jika Hanif belum mengambil takaful: Hanif kini pasti dalam keadaan gusar tentang masa depan anaknya. Dan kini, Hanif pasti menyesal tidak mengambil takaful sebelum ini.
***
Kesimpulannya, takaful boleh diibaratkan sebagai "menyediakan payung sebelum hujan". Rasanya, bayaran bulanan takaful tidaklah mahal mana pun tetapi kebaikannya boleh dikatakan besar ketika kita berada dalam saat memerlukan.

Diharap dengan sedikit pencerahan dalam artikel ini mampu membuka mata orang ramai tentang kepentingan takaful - My Kewangan

credit to facebook.com/myKewangan

Jadi rasanya dah boleh faham sedikit sebanyak apa itu kepetingan takaful? Ia seumpama menyediakan payung sebelum hujan. Bertindak sebelum terlewat. Jangan nanti disebabkan ego kita, sikap malas, endah tak endah, acuh tak acuh memakan diri. Sesal kemudian tak berguna...Bayangkan anak-anak dan isteri yang bergantung harap kepada kita (para suami) sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan mengambil berat ke atas mereka. Renung-renungkan bersama...



No comments:

Post a Comment